Page 16 - 1202 Bank Soalan Tatabahasa Tingkatan 4
P. 16
Pentaksiran 1
Jawab semua soalan yang diberikan.
[35 markah]
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Soalan 1 : Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata kerja pasif. Kemudian, anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.
Langkah kerajaan menggerakkan lebih awal imunisasi COVID-19 memberikan petunjuk positif
kepada rakyat dan pelabur bahawa kerajaan serius dalam menjamin dan menjaga kesihatan serta
keselamatan rakyatnya. Rakyat tidak harus ragu-ragu mengenai keselamatan vaksin COVID-19 yang
digunakan. Pemilihan vaksin dibuat oleh pakar tempatan selepas semua data diteliti oleh pihak yang
dipertanggungjawabkan. Tambahan pula, semua bukti ujian klinikal telah melalui proses penilaian yang
ketat dan semakan dari pelbagai aspek. Kegagalan menangani aspek ini boleh mendatangkan risiko
kegagalan kepada Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19, sekali gus gagal merendahkan dan
mengawal kadar jangkitan virus dalam negara. Justeru, jangkitan COVID-19 ini perlu dicegah oleh setiap
lapisan masyarakat secara bersama-sama hingga ke akar umbi.
Sumber: Internet
[6 markah]
(i) Perkataan Ayat
(ii) Perkataan Ayat
(iii) Perkataan Ayat
96

