Page 17 - 1202 Bank Soalan Tatabahasa Tingkatan 4
P. 17
Soalan 2 : Morfologi
Baca petikan dialog di bawah dengan teliti. Kemudian, kenal pasti jenis-jenis ayat perintah yang berikut.
Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat suruhan, ayat larangan atau ayat permintaan.
Naufal : Wah, pandai engkau membaiki mesin basuh! Bolehlah ajar aku nanti.
Fairus : Aku cuba, Naufal. Engkau mahu belajar? Jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah.
Naufal : Mestilah, aku pun mahu pandai macam engkau juga. Beritahulah aku.
Fairus : Aku belajar melalui Youtube saja. Engkau boleh ke rumah aku.
Naufal : Bagus. Cara belajar sekarang pun dah berubah. Jangan jadi guru yang garang sudahlah.
Fairus : Eh, mana boleh garang! Kita kongsi ilmu sama-sama. Datang saja ke rumah aku supaya kita
boleh belajar.
Naufal : Hmm boleh juga, Fairus. Sekurang-kurangnya masa cuti aku terisi juga. Pastikan engkau sediakan
peralatan nanti.
Fairus : Tak usah risau tentang peralatan. Abang aku banyak peralatan membaiki.
Dipetik dan diubah suai daripada
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, KSSM
Dewan Bahasa dan Pustaka
[8 markah]
Jenis-jenis Ayat
Bil. ©PAN ASIA PUBLICATIONS
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
97

