Page 117 - malaysia_2017
P. 117
Jentera Pentadbiran Di Peringkat Kerajaan Tempatan
Sebelum penyusunan semula kerajaan tempatan, wujud enam jenis penguasa
tempatan di Malaysia iaitu:
• Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
• Majlis Perbandaran
• Majlis Bandaran
• Lembaga Bandaran
• Majlis Tempatan
• Majlis Luar Bandar
Empat jenis pihak berkuasa tempatan diwujudkan selepas penyusunan semula PERLEMBAGAAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA
iaitu:
• Dewan Bandaraya bagi bandar-bandar besar;
• Majlis Perbandaran bagi bandar-bandar sederhana;
• Majlis Tempatan bagi pekan-pekan dan kampung-kampung baru; dan
• Majlis Daerah bagi kawasan luar bandar.
Kerajaan tempatan dibentuk untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan
mengambil bahagian dalam pengurusan kawasan-kawasan yang mereka diami.
Peranannya melibatkan perancangan bandar, kerja raya, kemudahan-kemudahan
awam, kesihatan awam dan perumahan awam. Kuasa utama yang terpenting bagi
kerajaan tempatan ialah :
• Kuasa untuk mengadakan undang-undang kecil;
• Mengutip cukai, kadar sewa dan lain-lain;
• Kuasa untuk mengadakan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan yang
terletak dalam kawalannya sendiri.
MALAYSIA 117
2017

