Page 113 - malaysia_2017
P. 113

Jabatan
              Jabatan-jabatan yang terdapat di peringkat negeri dibahagikan kepada dua jenis,
              iaitu jabatan negeri dan cawangan jabatan persekutuan. Jabatan-jabatan negeri
              pula dibahagikan kepada dua jenis iaitu, jabatan negeri yang bertanggungjawab
              kepada  kerajaan negeri  dan  jabatan  negeri  yang  bertanggungjawab  kepada
              kerajaan negeri dan persekutuan.

              •   Jabatan Negeri di Semenanjung Malaysia
                  Jabatan negeri yang bertanggungjawab kepada kerajaan negeri merupakan
                  jabatan  yang  menjalankan  pentadbiran  negeri.  Jabatan-jabatan  penting
                  yang termasuk dalam kategori ini ialah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,   PERLEMBAGAAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA
                  Pejabat Kewangan Negeri, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri dan Unit
                  Perancang Ekonomi Negeri.

              •   Jabatan Negeri di Sabah dan Sarawak
                  Sabah dan Sarawak mempunyai bilangan jabatan yang lebih banyak kerana
                  Perjanjian Malaysia 1963  telah memberi kuasa yang  lebih  kepada kedua-
                  dua  negeri  itu  berbanding  dengan  negeri-negeri  di  Semenanjung  Malaysia.
                  Namun, menerusi proses penyatuan, kebanyakan jabatan itu telah beransur-
                  ansur  diletakkan  di  bawah  tanggungjawab  kerajaan persekutuan.  Jabatan-
                  jabatan utama negeri yang  kekal di bawah tanggungjawab  kerajaan negeri
                  adalah sama seperti yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Perbezaan yang
                  ada ialah jabatan utama negeri Sabah dikenali sebagai Jabatan Ketua Menteri
                  dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Sarawak tidak bertanggungjawab
                  secara langsung  terhadap  hal-hal  perkhidmatan  awam negeri  seperti yang
                  terdapat pada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Semenanjung.  Tugas
                  tersebut di Sarawak, dijalankan oleh Pejabat Perjawatan Negeri.

              •   Cawangan Jabatan Persekutuan
                  Cawangan-cawangan  jabatan  persekutuan  seperti  Jabatan  Pendidikan
                  Negeri dan Jabatan Imigresen Negeri bertanggungjawab  kepada kerajaan
                  persekutuan,  tetapi tertakluk kepada usaha penyelarasan yang  dilakukan
                  oleh  pentadbiran negeri. Untuk  memenuhi  keperluan  negeri, ketua-ketua
                  cawangan  ini  boleh  dipanggil  untuk  menghadiri  mesyuarat Jawatankuasa-
                  jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Negeri
                  di  samping  menjadi  ahli  dalam  Jawatankuasa Pembangunan  Negeri  dan
                  jawatankuasa negeri yang lain. Kedudukan cawangan jabatan persekutuan di
                  negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah sama dengan kedudukan di
                  Sabah dan Sarawak.

              Suruhanjaya Negeri
              Sama seperti kerajaan persekutuan, kerajaan negeri juga boleh  menubuhkan
              suruhanjaya  yang berbentuk  tetap atau khas. Pelantikan ahli-ahli  suruhanjaya
              dilakukan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Menteri Besar atau Ketua
              Menteri. Semua negeri kecuali Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan Pulau Pinang
              mempunyai  Suruhanjaya  Perkhidmatan  Awam Negeri yang  bertanggungjawab
              tentang  pelantikan  jawatan-jawatan  dalam  Perkhidmatan  Awam  Negeri.  Bagi
              negeri-negeri yang tidak mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, pelantikan
              ke jawatan-jawatan negeri dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.






                                                            MALAYSIA 113
                                                                         2017
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118