Page 116 - malaysia_2017
P. 116
» Bahagian
PERLEMBAGAAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA
Negeri Sarawak dibahagikan kepada tujuh bahagian yang setiap satunya
diketuai oleh seorang Residen sebagai Ketua Pentadbir Bahagian.
Pembahagian negeri mengikut bahagian hanya diadakan di Negeri Sarawak
kerana kawasan negerinya yang luas. Setiap bahagian mempunyai beberapa
orang Temenggung yang merupakan ketua masyarakat yang dilantik oleh
kerajaan berasaskan kaum.
» Daerah
Setiap bahagian dibahagikan pula kepada beberapa daerah yang setiap
satunya diketuai oleh Pegawai Daerah. Ketua masyarakat digelar Pemanca
yang bertanggungjawab kepada Pegawai Daerah dan Temenggung. Dalam
sesebuah daerah pula terdapat daerah kecil yang diketuai oleh pegawai-
pegawai Perkhidmatan Tadbir Negeri Sarawak.
» Kampung
Setiap kampung di Sarawak diketuai oleh seorang Penghulu yang dilantik
oleh kerajaan. Sebelum gelaran Penghulu digunakan, Ketua Rumah Panjang
digelar Tuai Rumah.
Sistem Perancangan dan Pelaksanaan di peringkat negeri juga serupa dengan
sistem yang terdapat di peringkat persekutuan iaitu melibatkan dasar, perancangan,
pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian. Ia menjadi kebiasaan bahawa pihak
negeri mengambil kira dasar-dasar yang wujud di peringkat persekutuan sebelum
sesuatu dasar negeri dibentuk. Pembentukan dasar-dasar awam negeri dibuat
oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang para anggotanya terdiri daripada
Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta dibantu oleh beberapa orang pegawai
kanan kerajaan, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri
dan Penasihat Undang-undang Negeri. Namun begitu sebelum sesuatu dasar itu
dibentuk, kerajaan negeri juga menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu
untuk mengkaji sesuatu dasar sebelum dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri.
116 MALAYSIA
2017

