Page 163 - malaysia_2017
P. 163
PENGENALAN
Kementerian Kewangan bertanggungjawab memastikan dasar kewangan dan
Bajet Negara mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi mapan. Ia
berfungsi merumus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan fiskal untuk
menjamin kecekapan dalam pembahagian dan pengurusan sumber-sumber
kewangan kerajaan, di samping merumus dan mengawal dasar-dasar berkaitan
perkhidmatan kontrak dan bekalan serta pinjaman perumahan kerajaan. Selain
menyediakan perkhidmatan ke atas segala aspek operasi, prosedur dan prinsip-
prinsip perakaunan bagi agensi kerajaan, kementerian juga mengeluarkan lesen RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
dan mengadakan kawalan terhadap perniagaan-perniagaan yang dilesenkan
oleh Perbendaharaan Malaysia.
Ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus pada suku keempat 2016 (S3 2016:
4.3%). Perbelanjaan sektor swasta kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan
dan menyumbang kepada pengembangan berterusan dalam permintaan
dalam negeri. Walau bagaimanapun, perbelanjaan sektor awam merosot dan
telah mengimbangi sebahagian daripada pertumbuhan mampan dalam aktiviti
sektor swasta. Berikutan itu, pertumbuhan permintaan dalam negeri menjadi
sederhana. Dalam sektor luaran, eksport bersih menyumbang secara positif
kepada pertumbuhan disebabkan oleh pengembangan eksport benar yang
lebih cepat berbanding dengan import benar. Berdasarkan asas suku tahunan
terlaras secara bermusim, ekonomi negara mencatat pertumbuhan mampan
sebanyak 1.4 peratus (S3 2016: 1.4%).
MALAYSIA 163
2017

