Page 164 - malaysia_2017
P. 164
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
PUSAT TRANSfORMASI BANDAR (UTC)
UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat
Transformasi Bandar. Ia adalah satu usaha dan inisiatif kerajaan bagi
menyediakan pelbagai khidmat utama kerajaan dan sektor swasta kepada
komuniti bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.
UTC juga merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru (Blue Ocean
Strategy) yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan
kerajaan melalui kerjasama strategik antara pelbagai agensi kerajaan termasuk
penglibatan sektor swasta. Secara umumnya di UTC komuniti Bandar boleh
membuat pelbagai urusan dengan jabatan kerajaan dan swasta dalam satu
bangunan – Satu Pusat Pelbagai Perkhidmatan.
Kluster UTC
• Perkhidmatan Gunasama Kerajaan
• Perkhidmatan Kesihatan
• Perkhidmatan Keselamatan
• Perkhidmatan Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan seperti Jobs Malaysia,
• Perkhidmatan Kewangan
• Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan
• Perkhidmatan Utiliti
• Perkhidmatan Pembangunan Belia
• Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
• Perkhidmatan NGO
PUSAT TRANSfORMASI KOMUNITI BERGERAK (MOBILE CTC)
Pusat Transformasi Komuniti Bergerak atau lebih dikenali sebagai Mobile CTC
merupakan perkhidmatan bergerak yang menghimpunkan perkhidmatan
utama mengikut keperluan tempatan serentak di satu lokasi yang dikenal
pasti oleh agensi kerajaan. Ia merupakan salah satu inisiatif Strategi Lautan
Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy bertujuan memberikan
perkhidmatan-perkhidmatan utama / tertentu (key touchpoint services) yang
diperlukan kepada penduduk luar bandar atau komuniti pendalaman.
164 MALAYSIA
2017

