Page 167 - malaysia_2017
P. 167
PROGRAM SUKARELA UNTUK PROfESIONAL ANTARABANGSA
(VIP)
Program Sukarela untuk Profesional Antarabangsa (VIP) adalah Program RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Fellowship yang direka khas untuk golongan profesional yang ingin menjadi
sukarelawan di Malaysia. Program VIP Fellowship adalah satu inisiatif oleh
kerajaan Malaysia untuk mewujudkan sekumpulan besar profesional yang
berbakat dari seluruh dunia yang berminat untuk berkongsi kepakaran
dan pengalaman mereka di peringkat global sebagai sukarelawan untuk
menyumbang ke arah pembangunan negara.
Program selama empat bulan menawarkan peluang kepada profesional untuk
menggunakan kepakaran mereka dalam menangani isu-isu sosial. Dalam usaha
untuk memastikan program ini berjaya, setiap sukarelawan dipadankan dengan
penempatan dalam komuniti tempatan di mana pengetahuan dan kepakarannya
akan memberikan sumbangan yang besar kepada komuniti setempat.
PROGRAM BAhTERA
Selaras dengan usaha kerajaan memperkasa ekonomi bumiputera seperti yang
dicadangkan dalam Rancangan Malaysia ke-11, inisiatif BAHTERA adalah platform
mampan yang terbaik dalam usahanya untuk menangani jurang maklumat
untuk usahawan bumiputera. Ia akan dapat membantu usahawan melonjakkan
usahaniaga mereka melalui maklumat perniagaan pintar, strategi penjenamaan
yang berkesan dan seiring dengan penggunaan teknologi yang tepat. Tema
BAHTERA ialah Bumipreneurs of Tomorrow - “Bumipreneurs Masa Hadapan”.
PROGRAM CODING@SChOOL
Program Coding@School diselaraskan oleh Unit Strategi Nasional Kementerian
Kewangan merupakan program yang memberikan tumpuan pembangunan
aplikasi ICT dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Pada tahun ini Program
Coding@School telah dilancarkan di Bintawa, Kuching Sarawak pada 19 Mei
2017 serentak dengan Program Blue Ocean Entrepreneuers Township (BOET)
dan Borneo 744 dan dirasmikan sendiri oleh YBhg. Tan Sri Dr. Mohd. Irwan
Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
MALAYSIA 167
2017

