Page 168 - malaysia_2017
P. 168

hARI TERBUKA NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS) 2016
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
            YBhg.  Tan  Sri  Dr.  Ali  Hamsa,  Ketua  Setiausaha  Negara  telah  menyempurnakan
            Majlis perasmian ‘NBOS Day 2016’ bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa
            Putrajaya. Hari Terbuka NBOS 2016 bersempena Minggu Antarabangsa Strategi
            Lautan  Biru  Kebangsaan  memaparkan  aktiviti-aktiviti  yang  menarik  antaranya
            bootcamp  Keusahawanan  1MET,  NBOS  Run  &  Ride,  pameran  inisiatif-inisiatif
            NBOS, Booth Perbadanan PR1MA , F1 Simulatir by Petronas dan Booth Perumahan
            Penjawat Awam 1Malaysia.


            INTERNATIONAL CONfERENCE ON BLUE OCEAN STRATEGY (ICBOS)
            YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah
            merasmikan International Conference on Blue Ocean Strategy (ICBOS) bertempat
            di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)  bertemakan
            “Transformasi  Bangsa  Melalui  Kreativiti  dan  Inovasi”.  45  buah  negara  telah
            menghadiri persidangan itu dan lebih daripada 500 artikel dalam media tempatan
            mahupun  antarabangsa  berkongsi  cerita  tentang  kejayaan  Malaysia  yang  telah
            membuat gelombang dalam pembangunan institusi awam. Kebanyakan negara
            yang  hadir  menyatakan  minat  untuk  menerima  pakai  inisiatif  NBOS  di  negara-
            negara mereka sendiri.


            PERSIDANGAN  GLOBAL  OffSET  &  COUNTERTRADE  ASSOCIATION
            (GOCA) ASIA PASIfIK (APAC) 2017 KUALA LUMPUR
            Malaysia dipilih menjadi tuan rumah bagi persidangan antarabangsa Global Offset
            & Countertrade Association (GOCA) dengan MOF, Technology Depository Agency
            (TDA) dan GOCA sebagai penganjur bersama pada 26 Mac sehingga 29 Mac 2017
            bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Persidangan GOCA ini diadakan
            sebanyak  dua  kali  setahun  di  negara-negara  yang  terlibat  dengan  Industrial
            Collaboration  Programme  (ICP).  Persidangan  yang  julung  kalinya  diadakan  di
            Malaysia dan di Rantau Asia Pasifik adalah satu penghormatan dan pengiktirafan
            terhadap berdasarkan pencapaian Program Industri Kerjasama (ICP) yang telah
            dilaksanakan di negara ini.

            Tema persidangan GOCA APAC 2017 Kuala Lumpur ialah ICP: Tool For Knowledge
            Based  Economy  &  Industrial  Development.  Tujuan  strategik  ICP  adalah  untuk
            memastikan perolehan negara yang melibatkan bekalan, kerja dan perkhidmatan,
            secara berkesan dimanfaatkan dengan semangat untuk menyokong pertumbuhan
            industri tempatan dan keperluan pembangunan teknologi.  Objektif utama ICP
            ialah untuk memastikan setiap ringgit dibelanjakan oleh kerajaan Malaysia dalam
            perolehan akan mempunyai nilai tambah.
            Persidangan  yang  telah  berlangsung  selama  empat  hari  dan  berakhir  pada  28
            Mac 2017 tersebut telah menarik seramai 328 peserta daripada 27 buah negara
            seperti Amerika Syarikat, Eropah, Asia Barat, China, India, Hong Kong, Singapura
            dan Taiwan. Peserta-peserta adalah terdiri daripada pemain industri dari dalam
            dan luar negara, wakil-wakil Original Equipment Manufacturer (OEM) dan wakil-
            wakil kementerian/agensi dari dalam dan luar negara.
            Majlis perasmian pada 27 Mac 2017, telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Johari bin
            Abdul Ghani, Menteri Kewangan II di Taming Sari Grand Ballroom, Hotel Royale
            Chulan.

              168  MALAYSIA
                                2017
   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173