Page 166 - malaysia_2017
P. 166
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
PROGRAM BAhASA INGGERIS 1MALAYSIA (BI1M)
BI1M adalah satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau
National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang dilaksanakan oleh Kementerian
Kewangan dengan kerjasama SOLS 24/7 untuk menggalakkan penggunaan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Malaysia.
Program Bahasa Inggeris 1 Malaysia (BI1M) telah dilancar pada 7 April 2016 bagi
tujuan meningkatkan taraf Bahasa Inggeris di negara ini kepada rakyat Malaysia
di kawasan bandar dan luar bandar.
Program ini adalah percuma untuk semua peringkat umur dalam masyarakat
yang ingin belajar Bahasa Inggeris terutama di dalam kalangan peniaga-peniaga
kecil, golongan dewasa yang bekerja, kanak-kanak, suri-rumah, belia dan
graduan universiti dan para pesara. Program ini dilaksanakan selama 5 bulan di
17 Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
di seluruh Malaysia.
PROGRAM GABUNGAN RAKAN ENTREPRENEUR ASPIRASI
TERhEBAT (GREAT)
GREAT (Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat) adalah festival yang
menghimpunkan ribuan usahawan serata Malaysia dan badan-badan yang
menawarkan dana keusahawanan.
GREAT telah diadakan sejak tahun 2014 dan yang terakhir diadakan pada 6
hingga 7 Mei 2017 di Magelan Sutera, Kota Kinabalu, Sabah dan dirasmikan oleh
YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak yang mengumpulkan usahawan-
usahawan tempatan, syarikat permulaan serta pelabur-pelabur. Acara julung
kali diadakan di Sabah itu merupakan inisiatif Kementerian Kewangan dan
Pejabat Pembangunan Keusahawanan Nasional (NEDO) dengan kerjasama
Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC).
Program GREAT hanya tertumpu kepada 6 kluster industri iaitu agro, makanan,
teknologi, gaya, seni kreatif dan usahawanita yang dirasmikan sendiri oleh YAB
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
166 MALAYSIA
2017

