Page 165 - malaysia_2017
P. 165

BAJET NEGARA









               Merancang dan mengagih bajet kerajaan sejajar dengan objektif pembangunan
               ekonomi negara dan sesuai dengan kedudukan kewangan Kerajaan. Peruntukan
               dibelanjakan mengikut tujuan yang dikeluarkan oleh Parlimen.               RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN

               Bajet  yang  digubal  berpaksikan  kepada  dua  tunjang  iaitu  mempastikan
               pertumbuhan ekonomi terus kukuh atas landasan yang betul dan menjaga serta
               memelihara kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.
               Majlis  Konsultasi  Bajet  merupakan  aktiviti  penting  dalam  proses  penyediaan
               Bajet  Negara.    Program  tersebut  diadakan  bagi  mendapatkan  pandangan
               dan  maklumbalas  daripada  pelbagai  kumpulan  sebagai  input  bagi  strategi
               belanjawan  pada  tahun  hadapan  termasuk  langkah  percukaian  dan  bukan
               percukaian.  Ia  melibatkan  para  penganalisis  ekonomi,    ahli  akademik,  pihak
               swasta, dewan perniagaan, pertubuhan industri, badan bukan kerajaan (NGOs),
               backbenchers dan individu yang melibatkan tiga sesi iaitu Makro, Sektoral dan
               Sosial.


               PROGRAM 1MALAYSIA ENTREPRENEURS (1MET)










               Program 1Malaysia EnTrepreneurs (1MET) membolehkan usahawan berpotensi
               dari semua lapisan masyarakat untuk memula dan mengembangkan perniagaan
               mereka. 1MET merangkumi beberapa program pembangunan keusahawanan di
               seluruh negara yang memberi inspirasi kepada usahawan dan bakal usahawan
               bagi  melengkapkan  mereka  dengan  kemahiran  dan  sokongan  susulan  yang
               diperlukan.

               Program  ini  mengambil  pendekatan  berkos  rendah  dengan  memanfaatkan
               sumber sedia ada dari pelbagai agensi awam dan swasta yang terlibat dalam
               menyokong  usahawan.  1MET  memberi  pendedahan  bernilai  tinggi  kepada
               bakal  usahawan  untuk  menghasilkan  model  perniagaan,  mencipta  prototaip,
               akses kepada mentor dan dana.











                                                            MALAYSIA 165
                                                                         2017
   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170