Page 172 - malaysia_2017
P. 172

PENGENALAN
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN

            Kementerian  Tenaga,  Teknologi  Hijau  dan  Air  (KeTTHA)  telah  ditubuhkan  pada
            9  April  2009  berikutan  daripada  rombakan  Kabinet  dan  penstrukturan  semula
            kementerian yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd
            Najib bin Tun Abdul Razak. Sebelum itu, KeTTHA dikenali sebagai Kementerian
            Tenaga,  Air  dan  Komunikasi  (KTAK)  yang  telah  ditubuhkan  pada  27  Mac  2004
            melalui penstrukturan semula Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.
            Berikutan rombakan Kabinet 2009 tersebut, satu fungsi baharu telah dimasukkan
            ke dalam KeTTHa iaitu Teknologi Hijau. Serentak dengan itu, fungsi ‘komunikasi’
            telah  dipindahkan  ke  Kementerian  Penerangan,  Komunikasi  dan  Kebudayaan
            (KPKK) pada masa itu. Kemasukan fungsi dan tanggungjawab baharu ini adalah
            bagi  merancang,  merangka  dasar  dan  program-program  Teknologi  Hijau  di
            Malaysia. Ini jelas menunjukkan kesungguhan Kerajaan Malaysia untuk menerajui
            inisiatif berhubung industri tenaga, teknologi hijau dan air negara.

            AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
            PERSIDANGAN DAN PAMERAN ANTARABANGSA PRODUK TEKNOLOGI hIJAU &
            EKO MALAYSIA (INTERNATIONAL GREENTECh & ECO PRODUCTS EXhIBITION &
            CONfERENCE MALAYSIA –IGEM)

            IGEM 2016 yang  bertemakan Green Business for Sustainability telah diadakan pada
            5 hingga 8 Oktober 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Majlis perasmian
            IGEM edisi ke tujuh ini telah disempurnakan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau
            dan Air, YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili pada 6 Oktober 2017
            bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre.

            IGEM 2016 dibahagikan kepada 5 sektor utama:
             •   Tenaga Hijau,
             •   Pengangkutan Hijau,
             •   Bangunan Hijau,
             •   Teknologi & Pengurusan Sisa Pepejal; dan
             •   Teknologi & Pengurusan Air Bersih.



























              172  MALAYSIA
                                2017
   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177