Page 173 - malaysia_2017
P. 173
Acara ini telah menarik penyertaan sebanyak 350 pempamer dari 33 buah negara
yang meliputi 419 gerai pameran. IGEM 2016 juga telah menarik seramai 33,903
pelawat sepanjang 4 hari ia berlangsung. Antara negara yang menyertai IGEM
2016 adalah China, Indonesia, Filipina, German, Sweden, Republik Czech, Jepun,
Sepanyol, Korea, Finland, Hungary, Ukraine, Nepal, India, Singapura, Poland,
Belgium dan Malaysia.
Antara pempamer utama yang menyertai IGEM 2016 termasuklah dari negara
dan syarikat seperti Korea, Jepun, China, EU-Malaysia Chamber of Commerce and
Industry (EUMCCI), ABB, First Solar, GCL, Hanwha Q-Cell, Huawei, JETRO Japan,
Malaysian Solar Resources, Pekat Solar, Tenaga Nasional Berhad dan Trina. RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Antara Memorandum Persefahaman yang ditandatangani termasuklah antara
Malaysian Green Tech Corporation dan Asia School of Business berkaitan
Leadership, Innovation and Entrepreneurship Programmes, dan Malaysian Green
Tech Corporation dan Malaysian MENSA Society berkaitan Thinking Skills, Innovation
and Intelligence Quotient Programmes.
Selain pameran, beberapa seminar juga dianjurkan sepanjang IGEM 2016
berlangsung dan telah menarik sebanyak 500 penyertaan. Antaranya ialah,
MyHijau SME and Entrepreneur Development Programme oleh Malaysian Green Tech
Corporation, Green Financing: Unleashing Business Potential oleh Malaysian Green
Tech Corporation, Trade Delegates Briefing Session oleh EUMCCI, Introduction to EPC
for Financial Institution oleh Malaysian Green Tech Corporation dan Waste to Energy
Seminar dari Kedutaan Sweden.
MALAYSIA 173
2017

