Page 175 - malaysia_2017
P. 175
GREEN IS A LIfESTYLE (GIAL)
Green Is A Lifestyle (GIAL) yang dianjurkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air (KeTTHA) bersama-sama agensi di bawahnya iaitu Suruhanjaya
Tenaga dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA
Malaysia) merupakan salah satu langkah pelan komunikasi untuk meningkatkan
kesedaran rakyat mengenai pembangunan pertumbuhan hijau terutamanya
dalam bidang kecekapan tenaga dan Tenaga Boleh Baharu.
Objektif kempen ini adalah bertujuan untuk meningkat dan menggalakkan amalan
gaya hidup hijau yang berteraskan tenaga lestari dan teknologi hijau di kalangan
semua lapisan masyarakat di Malaysia. Di samping itu juga, GIAL bertujuan untuk RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
menarik perhatian dan minat serta kesedaran masyarakat Malaysia mengenai
amalan gaya hidup hijau dan kepentingan mengamalkan budaya cekap tenaga,
penjimatan penggunaan air dan elektrik, penggunaan Tenaga Boleh Baharu dan
amalan kitar semula dalam kehidupan seharian kita.
Kempen ini juga turut merangkumi pelaksanaan Reuse, Reduce dan Recycle (3R)
dan ia merupakan matlamat jangka masa panjang yang memerlukan sistem
pengurusan sisa yang lebih baik di samping perubahan minda dan tingkah laku di
kalangan rakyat negara ini.
Kempen yang bermula Mac hingga Oktober 2016 dianjurkan selama dua hari
pada hujung minggu melibatkan program roadshow di pusat beli belah dan diikuti
seminar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negeri yang dipilih. GIAL melibatkan 16
lokasi di seluruh Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Perlis,
Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka,
Johor, Sarawak dan Selangor.
Majlis Pelancaran GIAL telah diadakan di Taman Botani, Putrajaya pada 2 Jun 2016
dan disempurnakan oleh YB Menteri KeTTHA, Datuk Seri Dr. Panglima Maximus
Johnity Ongkili.
MALAYSIA 175
2017

