Page 174 - malaysia_2017
P. 174
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
KARNIVAL YAhIJAU LANGKAwI 2016
Karnival YaHijau Langkawi anjuran bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau
dan Air (KeTTHA), Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) dan Kerajaan Negeri Kedah
telah diadakan pada 14 hingga 15 Oktober 2016 bertempat di Dataran Pekan
Rabu, Kuah, Langkawi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri
Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili di Ballroom De Baron Resort Langkawi pada
15 Oktober 2016. Penganjuran Karnival YaHijau Langkawi adalah bertujuan untuk
menggalakkan penyertaan masyarakat dalam membudaya dan meningkatkan
kesedaran mengenai amalan hidup hijau. Ia juga sebagai salah satu usaha dalam
mendekati masyarakat di Langkawi melalui pendidikan tentang peranan masing-
masing dalam membudayakan amalan hijau di kalangan komuniti.
Turut diadakan adalah Pelancaran Agenda Hijau Kedah yang meliputi 14 inisiatif
(green actions) akan dilaksanakan di negeri Kedah dalam memastikan Kedah
diletakkan sebagai salah satu model terbaik bagi negeri-negeri di Malaysia dalam
melaksanakan agenda pembangunan teknologi hijau. Ia bagi memastikan negeri
Kedah membangun dalam persekitaran hijau bagi menjamin kesejahteraan
masyarakat, kemajuan ekonomi dan kelestarian alam sekitar yang berterusan.
Sijil pelantikan Program Pengauditan Hijau turut disampaikan kepada 28 buah
sekolah sekitar Langkawi. Objektif program pengauditan hijau adalah untuk
mengenalpasti dan menilai tahap pengurusan sumber yang efektif ke arah
meningkatkan kecekapan dan penjimatan penggunaan tenaga elektrik, air, bahan
pakai habis (seperti kertas, dakwat, pencetak dan sisa pejabat). Program ini
mampu mewujudkan penanda aras bagi pengurusan sekolah yang mesra alam.
Antara aktiviti yang turut diadakan sepanjang dua hari karnival ini adalah pameran
hijau yang disertai oleh 39 agensi terdiri daripada Kerajaan Persekutan, Kerajaan
Negeri Kedah, Syarikat Korporat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Usahawan
Industri Kecil dan Sederhana (IKS), EV fun ride, senamrobik dan Eco fun run, cabutan
bertuah, Jom Sihat Bersama Kevin Zahri, pertandingan mewarna, dan pocket talk.
174 MALAYSIA
2017

