Page 178 - malaysia_2017
P. 178

PENGENALAN
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN

            Penstrukturan  semula  Kabinet  pada  28  Julai  2015  telah  memperlihatkan
            pengukuhan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan dikenali sebagai Kementerian
            Pendidikan Malaysia (KPM). Bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan
            negara yang bertaraf dunia dan untuk melahirkan rakyat Malaysia sebagai modal
            insan  yang  berkualiti.  KPM  berperanan  memastikan  semua  rakyat  berpeluang
            mendapat  pendidikan  berkualiti  bermula  daripada  pendidikan  awal  sekolah
            hinggalah ke peringkat pengajian tinggi menanam matlamat menjadikan Malaysia
            sebagai hub pendidikan yang setanding dengan negara-negara maju. Juga bagi
            memperkembangkan  potensi  individu  sepenuhnya  dan  memenuhi  aspirasi
            negara .

            AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

            PELANCARAN LAPORAN TAhUNAN 2015 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
            MALAYSIA 2013-2025
            Majlis  Pelancaran  Laporan  Tahunan  2015  Pelan  Pembangunan  Pendidikan
            Malaysia (PPPM) juga merupakan acara tahunan yang dijalankan  bagi menguar-
            uarkan  kejayaan  inisiatif  di  bawah  PPPM  pada  tahun  sebelumnya  seperti  yang
            dijanjikan dalam dokumen PPPM 2013 – 2025. Pada tahun 2016, Laporan Tahunan
            2015  bukan  sahaja  melaporkan  kejayaan  tahun  2015  sahaja  tetapi  juga  telah
            melaporkan kejayaan Gelombang 1 inisiatif PPPM.  Majlis yang gemilang ini telah
            disempurnakan  oleh  YB  Menteri  Pendidikan  pada  9  Ogos  2016,  di  Auditorium
            Kompleks E yang dihadiri oleh  500 orang peserta terdiri daripada pengurusan
            tertinggi  kementerian,  Jabatan  Pendidikan  Negeri,  Pejabat  Pendidikan  Daerah,
            sekolah  dan  wakil  daripada  pelbagai  agensi  dan  pihak  berkepentingan  dalam
            pendidikan.






















            Semasa majlis tersebut,  pameran poster  kejayaan pelaksanaan inisiatif PPPM pada
            peringkat kebangsaan  dan negeri telah ditonjolkan melalui galeri susur minda
            (gallery walk) yang bertujuan untuk berkongsi kejayaan dan amalan terbaik dalam
            pelaksanaan  inisiatif di peringkat Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan
            Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah.  Selain itu, real-life experience dan
            showcase dalam merealisasikan inisiatif PPPM ditonjolkan dengan kejayaan inisiatif



              178  MALAYSIA
                                2017
   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183