Page 179 - malaysia_2017
P. 179

Transformasi  TVET  dengan  pameran
                                                     animasi  dan  robotik  oleh  pelajar-
                                                     pelajar TVET yang mengikuti program
                                                     Diploma  Vokasional  Malaysia  secara
                                                     kaloborasi  dengan  KRU  Academy
                                                     dan  Syarikat  Enter  Corridor.    SMK
                                                     Putrajaya  11  (1)  telah  menunjukkan
                                                     kaedah    Pembelajaran  Abad  ke-21
                                                     yang  menekan  pembelajaran  yang
                                                     berfokus   kepada   murid   supaya
                                                     Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)   RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
                                                     dapat  diterapkan  dalam  kalangan
              murid.    SMK  Setapak,  Kuala  Lumpur  yang  mempunyai  murid  pendidikan  khas
              masalah pembelajaran telah menunjukkan kaedah pengajaran dan pembelajaran
              yang pelbagai untuk mengatasi masalah ini. Transfomasi mesin braille sehingga
              sekarang yang menggunakan braille digital juga dipamerkan untuk pengetahuan
              umum.


              PROGRAM SATU MURID SATU SUKAN (1M1S)
              Dasar  1M1S    adalah  selaras  dengan  Dasar  Sukan  Negara  (DSN)  yang  memberi
              penekanan kepada Sukan Untuk Semua (SUS) dan Sukan Untuk Kecemerlangan
              (SUK), di mana dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai
              aktiviti secara lebih terurus dan terancang dalam melahirkan modal insan secara
              holistik.  Sepanjang  tahun  2016,  Bahagian  Sukan  telah  melaksanakan  pelbagai
              aktiviti  selaras  dengan  Dasar  1M1S  di  peringkat  kebangsaan  bagi  memupuk
              budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat
              yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi. Jadual 1
              memaparkan aktiviti 1M1S yang telah dilaksanakan bagi tahun 2016.






























              Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak melepaskan peserta Jalan Ria 1 Murid
              1 Sukan (1M1S).


                                                            MALAYSIA 179
                                                                         2017
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184