Page 181 - malaysia_2017
P. 181

Ikon sukan diperkenalkan kepada tetamu kehormat           RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN


              PUSAT TINGKATAN ENAM
              Pendidikan Tingkatan Enam merupakan salah satu tawaran kepada murid lepasan
              Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat seterus
              iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

              Bagi  tahun  2016,  jumlah  calon  sekolah  yang  telah  ditawarkan  meneruskan
              pendidikan di T6 adalah seramai 185,660 orang, berbanding 191,142 orang pada
              tahun  sebelumnya.  Ini  melibatkan  pengurangan  sebanyak  5842  orang  murid.
              Sebanyak 10 buah Kolej Tingkatan Enam (KT6) dan 65 Pusat Tingkatan Enam Mod
              2 telah beroperasi pada tahun 2016. Pusat Tingkatan Enam Terbahagi kepada tiga
              Mod iaitu:
              •   Mod 1- Kolej Tingkatan Enam sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya
                  12 kelas yang menempatkan hanya murid-murid Tingkatan Enam sahaja dan
                  diajar  oleh  guru-guru  akademik  yang  telah  dilantik  sebagai  guru  Tingkatan
                  Enam;
              •   Mod 2 - sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi
                  di sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan. Walau
                  bagaimana pun, Pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus perdana dengan
                  kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam;
              •   Mod 3 - sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas atau sekolah yang
                  jauh daripada bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam,
                  dan beroperasi  di sekolah arus perdana.


              KURIKULUM KEBANGSAAN
              Bagi  menjayakan  Gelombang  ke-2  Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia
              (PPPM)  2013-2025,  Kurikulum  Standard  Prasekolah  Kebangsaan  (KSPK)  yang
              dilaksanakan  pada  tahun  2010  telah  disemak  semula  dan  dinamakan  sebagai



                                                            MALAYSIA 181
                                                                         2017











                                              Ikon sukan diperkenalkan kepada Tetamu Kehormat
   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186