Page 182 - malaysia_2017
P. 182
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017). Bagi pendidikan
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
di peringkat rendah pula, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mula
dilaksanakan sejak tahun 2011 telah ditambah baik bagi mengukuhkan kurikulum
tersebut dan dikenali sekarang sebagai KSSR (Semakan 2017). Bagi memastikan
berlakunya kesinambungan dalam pendidikan sekolah rendah dan menengah,
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah dilaksanakan sejak
tahun 1989 juga turut disemak semula, ditambah baik dan diberi nama baharu
iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) bagi memaklumkan pelaksanaan ketiga-tiga kurikulum
baharu mulai tahun 2017 ini telah diedarkan ke semua Jabatan Pendidikan Negeri
dan dimuatnaik dalam portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Bagi menentukan pelaksanaan kurikulum baharu di peringkat sekolah berjalan
dengan lancar, penyebaran peringkat kebangsaan bagi KSPK (Semakan 2017),
KSSR (Semakan 2017) dan KSSM telah dijalankan pada April hingga Oktober 2016.
Bagi pelaksanaan KSSR (Semakan) Tahun 2 dan KSSM Tingkatan 2 yang akan
bermula pada tahun 2018, Uji Rintis KSSR (Semakan) Tahun 2 dan Uji Rintis KSSM
Tingkatan 2 telah dijalankan pada 15 Februari hingga 11 Mac 2016 untuk meninjau
kebolehlaksanaan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) di
kalangan guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah terpilih.
13 wORLD ROBOT OLYMPIAD (wRO) 2016
Th
Pertandingan berprestij ini telah diadakan pada 25 hingga 27 November 2016
di New Delhi, India yang melibatkan 464 pasukan daripada 51 buah negara dari
seluruh dunia. Pada tahun ini, negara Malaysia telah dinobatkan sebagai juara
keseluruhan dunia buat kali ke enam. Setiap pasukan dengan bimbingan mentor
bekerjasama untuk mereka bentuk, membina dan memprogramkan robot
berautonomi serta mencipta penyelesaian yang inovatif dengan menggunakan
teknologi LEGO® MINDSTORMS® Education dan peralatan berasaskan LEGO®
Education. Objektif pertandingan ini diadakan adalah seperti berikut:
• Membantu murid membina satu asas yang kukuh dalam bidang Sains,
Teknologi, Kejuruteraan, Rekabentuk serta Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) melalui pengalaman hands-on atau penyelidikan;
• Melatih murid bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang mencabar
dalam semangat berpasukan;
• Membolehkan murid membina pemikiran logik dan sistematik semasa mereka
merancang dan melaksanakan program melalui pemprograman robot;
• Meningkatkan kreativiti murid dalam menyelesaikan masalah dan
menyedarkan mereka bahawa terdapat pelbagai cara bagi memperoleh
kejayaan; dan
• Menggalakan murid sekolah di Malaysia menyertai pertandingan robotik
sebagai sesuatu yang menyihatkan dan mengisi masa lapang.
PROGRAM PENARAfAN DAN PENGIKTIRAfAN KELAYAKAN
PROGRAM MATRIKULASI KPM KE PROGRAM IJAZAh PERTAMA
DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI AMERIKA SYARIKAT.
Program Matrikulasi KPM telah melaksanakan aktiviti Pengantarabangsaan
Program Matrikulasi di bawah inisiatif 46[a] dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
182 MALAYSIA
2017

