Page 183 - malaysia_2017
P. 183

Malaysia  2013  –  2025  mulai  tahun  2013.  Antara  inisiatif  Pengantarabangsaan
              Program Matrikulasi KPM yang dilaksanakan adalah program pengiktirafan dan
              penarafan  terhadap  kurikulum  Program  Matrikulasi  (PPPKPM)  oleh  universiti
              berprestij di luar negara. Objektif PPPKM adalah untuk:

              i.   Memperluas  pengantarabangsaan  Program  Matrikulasi  KPM  ke  universiti
                  berprestij di Amerika Syarikat dalam bidang pengajian yang diiktiraf oleh JPA;
              ii.  Memperolehi penarafan dan pengiktirafan Program Matrikulasi KPM sebagai
                  syarat kelayakan masuk ke universiti di negara berkenaan;
              iii.  Membuka  peluang  yang  lebih  luas  kepada  lulusan  Matrikulasi  untuk
                  menyambung pengajian ke universiti tersebut; dan                        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
              iv.  Mewujudkan smart partnership dan strategic linkages dengan universiti yang
                  dikunjungi.

              PPPKM  dilaksanakan  melalui  rundingan  secara  one-to-one  (bersemuka)  dengan
              wakil-wakil  daripada  institusi  pengajian  tinggi  di  Amerika  Syarikat  termasuk  di
              universiti-universiti Ivy League. Program perundingan penarafan dan  pengiktirafan
              kelayakan Program Matrikulasi KPM 2016 yang telah diadakan pada 29 November
              hingga 2 Disember 2016 diwakili oleh Timbalan Pengarah Bahagian Matrikulasi
              KPM dan Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah. Perbincangan dilaksanakan bersama
              wakil  universiti-universiti  terbabit  yang  terdiri  daripada  Directors/  Officers  of
              Admissions  (Pengarah/  Pegawai  Bahagian  Kemasukan)  dari  institusi  pengajian
              tinggi berikut:

              •   Massachusetts Institute of Technology;
              •   Boston University;
              •   Harvard University;
              •   Yale University;
              •   Columbia University; dan
              •   Princeton University.

              SEKOLAh INTEGRITI DAN SEKOLAh hENRY GURNEY
              Program Pendidikan Banduan Muda di Sekolah Integriti dan Program Pendidikan
              Juvana di Sekolah Henry Gurney diwujudkan Kementerian Dalam Negeri dengan
              kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru-guru di sekolah ini dibekalkan
              menggunakan jawatan Kader oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

              Sekolah Integriti dikhususkan untuk  banduan muda berusia 21 tahun ke bawah
              yang ditempatkan di dalam penjara tetapi mengikuti pengajaran dan pemudah
              cara  (PdPc)  melalui  kemudahan  yang  diasingkan  seperti  bilik  darjah,  makmal
              komputer,  padang  atau  gelanggang  sukan,  surau  dan  bilik  guru.    Sekolah  ini
              menggunakan kurikulum kebangsaan dengan kelas dibahagikan kepada kelas 3M
              (membaca, menulis, mengira), pra-PMR, PMR, pra-SPM, SPM dan STPM.

              Sekolah Henry Gurney menempatkan golongan remaja yang diperintahkan oleh
              Mahkamah  Juvana  ditahan  bagi  program  pemulihan.  Sekolah  Henry  Gurney
              menggunakan modul pemulihan Jabatan Penjara termasuk pengukuhan sahsiah,
              akademik,  kerohanian,  kemahiran,  sukan  dan  rekreasi.  Modul  akademiknya
              menggunakan kurikulum kebangsaan bagi membolehkan penghuni menduduki
              peperiksaan awam seperti SPM dan STPM.




                                                            MALAYSIA 183
                                                                         2017
   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188