Page 204 - malaysia_2017
P. 204

GELOMBANG TANI NASIONAL 2017
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
            Timbalan  Perdana  Menteri,  Dato’  Seri  Dr.  Ahmad  Zahid  Hamidi  melancarkan
            Gelombang  Tani  Nasional  (GTN)  yang  berlangsung  di  hadapan  Tanaman  Kekal
            Pengeluaran Makanan (TKPM) Degong, Perak pada 14 April 2017.

            GTN  diperkenalkan  Kementerian  Pertanian  dan  Industri  Asas  Tani  bagi
            memartabatkan semula para petani di negara ini melalui perubahan sikap dan
            tanggungjawab bagi memastikan kelestarian sektor agromakanan negara tanpa
            bergantung harap sepenuhnya kepada pihak kerajaan. GTN adalah kesinambungan
            daripada kejayaan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Tani di kawasan
            Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara pada Oktober tahun lalu.

            Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Tajuddin
            Abdul Rahman yang juga merupakan penaung GTN 2017; Menteri Besar, Dato’
            Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian
            dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar.





















            MY KAMPUNG MY fUTURE
            Majlis  perasmian  My  Kampung  My  Future  (MKMF)  yang  diadakan  di  Dataran
            Kundur,  Kampung  Kundur  Hulu,  Rembau,  Negeri  Sembilan  pada  23  April  2017
            telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohammad Haji Hassan,
            Menteri Besar Negeri Sembilan.
            Program  MKMF  ini  telah  menggunakan  pendekatan  National  Blue  Ocean
            Strategy  (NBOS)  dalam  usaha  mentransformasikan  komuniti  setempat  dengan
            menggalakkan golongan belia untuk terus berada di kampung dan menjalankan
            aktiviti pertanian yang bernilai tinggi. Program ini juga dilihat sebagai pemangkin
            kepada usaha yang mampu merancakkan lagi aktiviti ekonomi sesebuah kawasan
            luar bandar sekali gus memastikan pertanian sebagai antara sektor utama dan
            mampu mengubah kehidupan penduduk ke tahap yang lebih baik.

            Hasil  pendapatan  yang  diperoleh  usahawan  MKMF  yang  terdiri  daripada  12
            kampung melibatkan sembilan negeri antaranya di Sarawak, Sabah, Terangganu,
            Perak, Pahang dan Negeri Sembilan telah mencecah RM12 juta sejak Januari 2016
            hingga April tahun ini. Hasil pendapatan itu melibatkan 1,784 usahawan dalam
            pelbagai bidang termasuk pertanian.




              204  MALAYSIA
                                2017
   199   200   201   202   203   204   205   206   207   208   209