Page 205 - malaysia_2017
P. 205

SEKTOR PERTANIAN SUMBANG 8.1 PERATUS KDNK                                   RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
              Pada tahun 2016, sektor pertanian telah menyumbang sebanyak RM89.3 bilion
              atau bersamaan 8.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Secara
              khususnya,  sektor  agromakanan  pula  telah  menyumbang  sebanyak  RM36.5
              bilion  atau  3.3  peratus  kepada  KDNK.  Pengeluaran  komoditi  makanan  utama
              seperti  padi,  sayur-sayuran,  buah-buahan,  daging  dan  ikan  telah  mencatatkan
              pertumbuhan yang menggalakkan iaitu pada kadar 3.9 peratus setahun dalam
              tempoh 2011-2016.

              Peningkatan  pengeluaran  komoditi  makanan  ini  adalah  seiring  dengan  inisiatif
              yang  dilaksanakan  oleh  kerajaan  untuk  meningkatkan  sekuriti  makanan  dan
              tahap sara diri negara. Contohnya, pada masa ini, Malaysia telah mencapai tahap
              sara diri melebihi 100 peratus bagi komoditi daging dan telur ayam dan itik, dan
              mencapai tahap sara diri melebihi 70 peratus bagi ikan, buah-buahan dan beras.
              Prestasi  sekuriti  makanan  negara  juga  memberangsangkan  di  dalam  Indeks
              Jaminan  Bekalan  Makanan  Global  (The  Global  Food  Security  Index)  oleh  The
              Economist Intelligence Unit. Kajian pada tahun 2016 telah meletakkan Malaysia
              di kedudukan ke-35 dalam kalangan 113 negara di peringkat global. Malah, kajian
              tersebut juga meletakkan negara di tempat kedua terbaik selepas Singapura di
              rantau  Asia  Tenggara  berbanding  dengan  negara-negara  yang  dikenali  dengan
              kemajuan sektor pertanian mereka seperti Thailand yang berada di kedudukan 51
              dan Vietnam di kedudukan 57. Kerajaan akan meneruskan pelaburan dan usaha
              bagi  memastikan  sektor  agromakanan  kekal  memacu  pertumbuhan  ekonomi
              negara.

              JABATAN DAN AGENSI

              Jabatan Pertanian Malaysia           Jabatan Perikanan Malaysia
                                                   Aras 1-6, Blok Menara 4G2, Wisma Tani, Presint
              Aras  7-17,  Wisma  Tani,    No.  30  Persiaran
              Perdana, Persint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan   4,  62624 Putrajaya.
                                                              : 03-8870 4000
                                                   No. Telefon
              Persekutuan,  62624 Putrajaya.
              No. Telefon   : 03-8870 3000         No. Faks   : 03-8889 5490
              No. Faks   : 03-8888 5069            Laman Web  : www.dof.gov.my
              Laman Web  : www.doa.gov.my









                                                            MALAYSIA 205
                                                                         2017
   200   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210