Page 225 - malaysia_2017
P. 225

PENGENALAN

              Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memainkan peranan
              yang  penting  dalam  pembangunan  infrastruktur  komunikasi  dan  pemasaran
              informasi dasar-dasar kerajaan. Visi kementerian adalah memastikan masyarakat
              sentiasa  terhubung  dan  berinformasi  selaras  dengan  peredaran  waktu.
              Terdapat sepuluh jabatan dan agensi di bawah KKMM bagi menggerakkan misi
              menghubungkan  rakyat,  menggerakkan  ekonomi  digital,  membina  masyarakat
              bermaklumat dan memperkasakan industri kreatif bagi menyediakan infrastruktur
              komunikasi  secara  menyeluruh.  KKMM  juga  telah  membangunkan  Pelan
              Transformasi  KKMM  berlandaskan  kepada  Transformasi  Perkhidmatan  Awam.   RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
              Empat  transformasi  diguna  pakai  iaitu  Transformasi  Kerajaan,  Transformasi
              Ekonomi, Transformasi Politik dan Transformasi Sosial bagi memastikan inisiatif-
              inisiatif  transformasi  KKMM  menghasilkan  keberhasilan  strategik  dalam  visi
              membawa manfaat kepada pembangunan komunikasi dan infrastruktur.

              Sehubungan itu, dalam usaha melaksanakan pembaharuan selaras dengan pelan
              transformasi perkhidmatan awam tersebut, KKMM telah melaksanakan program-
              program  berimpak  tinggi  sebagai  usaha  berterusan  memantapkan  sistem
              penyampaian maklumat dan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.


              AKTIVITI DAN PENCAPAIAN


              PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN & KIBAR JALUR GEMILANG























              Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada kali ini telah diadakan
              di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, Sabah pada 6 Ogos 2016 bertujuan untuk
              menyemarakkan semangat kibar Jalur Gemilang dalam kalangan rakyat Malaysia.
              Kehadiran dianggarkan melebihi 30,000 orang daripada pelbagai etnik masyarakat
              di sekitar Tawau, Sabah.

              Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri,  Dato’ Seri
              Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir iaitu YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji
              Aman, Ketua Menteri Sabah dan Ahli Jemaah Menteri. Beberapa pengisian telah



                                                            MALAYSIA 225
                                                                         2017
   220   221   222   223   224   225   226   227   228   229   230