Page 255 - malaysia_2017
P. 255
PENGENALAN
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, ditubuhkan pada April
1956 dan beribu pejabat di Pejabat Kerajaan, Jalan Raja, Kuala Lumpur. Pada
Februari 1972, kementerian ini ditukar nama kepada Kementerian Perdagangan
dan Perindustrian. Kemudian, pada 27 Oktober 1990, kementerian ini dipisahkan
pula kepada dua kementerian yang berasingan iaitu Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN). Susulan terpisahnya kedua-dua kementerian
tersebut, maka terbentuklah Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan
kepenggunaan (KPDNKK).
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
PERASMIAN BANGUNAN BAhARU MENARA MITI 2016
Selama hampir 20 tahun, setelah kementerian-kementerian lain telah berpindah
ke Putrajaya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) masih
menggunakan bangunan lama di Kompleks Kerajaan Jalan Duta. Tanggal 24
Februari 2016 menjadi detik bersejarah buat seluruh warga MITI apabila bangunan
baharu tersebut dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia. Majlis perasmian bangunan baharu itu diadakan di
ruang legar Menara MITI.
Kerajaan telah memperuntukkan RM342 juta untuk pembinaan bangunan
baru tersebut yang dinamakan sebagai Menara Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri. Bangunan tersebut mempunyai 31 tingkat dan ia
terbina di atas tapak seluas 28.5 hektar. Manfaat menerusi pembinaan Menara
tersebut, adalah dapat meningkatkan imej negara di mata pelabur asing. Ia juga
sebenarnya mampu bertindak sebagai pelaburan jangka panjang oleh kerajaan
dalam membawa masuk pelabur-pelabur luar ke Malaysia. Imej MITI akan lebih
baik dengan bangunan ini. Pelaburan untuk membina Menara MITI penting untuk
masa depan negara kerana kementerian ini bertanggung jawab untuk memastikan
makroekonomi, lebihan akaun berterusan.
MALAYSIA 255
2017

