Page 258 - malaysia_2017
P. 258
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
MESYUARAT MENTERI-MENTERI APEC DI LIMA, PERU
Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri APEC 2016 yang diadakan di Lima, Peru
dari 17 hingga 18 November 2016. Di bawah tema “Pertumbuhan Berkualiti dan
Pembangunan Manusia”, Menteri-Menteri APEC bertukar pandangan mengenai
keadaan ekonomi serantau dan global dan bagaimana APEC boleh menggalakkan
pembaharuan sukarela bagi menyokong perdagangan bebas dan mobiliti
modal, meningkatkan pengantarabangsaan PKS dan penyertaan dalam rantaian
nilai global; dan mengamalkan matlamat bersama untuk memaksimumkan
peluang yang ditawarkan oleh perdagangan digital, perkhidmatan dan ekonomi
pengetahuan.
ShOwCASE SDSI 2016
Acara Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2016 peringkat kebangsaan
yang dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri
Mustapa Mohamed pada hari Sabtu 27 November 2016 berjaya meraih jumlah
jualan keseluruhan sebanyak RM27.6 juta sepanjang empat hari bermula Khamis,
25 November 2016 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.
Acara kali ke-11 yang disertai lebih 500 pempamer dari dalam dan luar negara
itu juga berjaya meraih sebanyak RM7.4 juta melalui misi belian masuk yang
membolehkan syarikat tempatan menemui rakan dagang berpotensi dari pelbagai
negara.
Ini menunjukkan semakin ramai usahawan perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) melibatkan diri dalam program seumpama ini sekali gus mereka dapat
meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran serta keupayaan dalam mengurus
perniagaan selain membangunkan ekonomi negeri ke arah era globalisasi dan
liberalisasi.
258 MALAYSIA
2017

