Page 256 - malaysia_2017
P. 256

RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN


























            wORLD hALAL wEEK 2016
            Kementerian Perdagangan Antarabangsa
            dan  Industri  (MITI)  sekali  lagi  menjadi
            penaung  Minggu  Halal  Sedunia  (WHW)
            2016 pada 28 Mac hingga 2 April 2016
            bertempat  di  Pusat  Konvensyen  Kuala
            Lumpur (KLCC) dan dirasmikan oleh YB
            Dato’  Sri  Mustapa  Mohamed,  Menteri
            Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

            Pada  minggu  tersebut,  pemegang  kepentingan  halal  global  sekali  lagi  telah
            mengambil bahagian dalam tiga peristiwa ikonik halal:
              •   Konvensyen  Badan  Pensijilan  Halal  Antarabangsa  ke-7  dianjurkan  oleh
                 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 28 hingga 29 Mac 2016 di
                 Putrajaya Marriot.
              •   Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-13 anjuran Perbadanan
                 Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dari 30 Mac hingga 2
                 April 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
              •   Persidangan  Halal  Sedunia  2016  (WHC  2016)  ke-9  dianjurkan  oleh
                 Perbadanan  Pembangunan  Industri  Halal  (HDC)  pada  30  hingga  31  Mac
                 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).



            Tema  Beyond  Economy  -  mencerminkan  kepada  dunia  bahawa  ekosistem  halal
            mampu memberikan peningkatan sosioekonomi berkesan di samping memelihara
            integriti halal dan menjamin kemampanan rantaian bekalan.










              256  MALAYSIA
                                2017
   251   252   253   254   255   256   257   258   259   260   261