Page 257 - malaysia_2017
P. 257
MAJLIS PERASMIAN TUNAS
USAhAwAN BELIA BUMIPUTERA
(TUBE 3.0)
Majlis perasmian Tunas Usahawan Belia
Bumiputera (TUBE 3.0) yang dianjurkan
oleh SME Corp. Malaysia telah diadakan
di seluruh negara pada masa yang
sama di sepuluh Kem Latihan Khidmat
Negara.
Program ini dianjurkan untuk RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
menggalakkan budaya keusahawanan
melalui latihan bootcamp dan bengkel
perniagaan intensif.
Majlis perasmian oleh YB Dato’
Sri Mustapa Mohamed, Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri
telah diadakan pada 9 Oktober 2016 di
Kem Ayer Keroh, Melaka. Majlis ini turut
dihadiri oleh YAB Datuk Seri Utama Ir.
Hj. Idris bin Hj. Haron, Ketua Menteri
Melaka, YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed
Al Amin Haji Abdul Majid, Pengerusi
SME Corp. Malaysia dan YBhg. Datuk (Dr) Hafsah Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif
SME Corp. Malaysia.
hARI MITI 2016
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama-sama
dengan agensinya (MIDA, MATRADE, SME CORP, MPC, MIDF, SME BANK, HDC,
MAI & MSI) telah menganjurkan Hari MITI 2016 pada 17 Oktober 2016 (Isnin) dari
8.30 pagi hingga 4.30 petang di Menara MITI, Kuala Lumpur. Program ini telah
dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri MITI.
Hari MITI 2016 telah diadakan untuk menggalakkan peranan dan fungsi MITI dan
agensinya untuk orang awam. Acara julung kali ini diadakan untuk membawa MITI
dan agensi lebih dekat kepada semua pihak berkepentingan dan orang awam.
MALAYSIA 257
2017

