Page 259 - malaysia_2017
P. 259
Kejayaan ini juga merupakan hasil susulan SDSI memperkenalkan beberapa
pembaharuan termasuk pembabitan syarikat-syarikat multinasional seperti pasar
raya besar bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan
mempromosi produk sehingga menembusi pasaran antarabangsa.
Acara Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2016 ini telah ditutup secara
rasmi oleh Dato’ Sri YAB Datuk Seri Idris Haron, Ketua Menteri Melaka pada hari
Ahad 27 November 2016.
MISI PERDAGANGAN KE hANOI, VIETNAM RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Malaysia mengetuai Misi Perniagaan ke Hanoi, Vietnam dari 8 hingga 10 Disember
2016. Misi Perniagaan terdiri daripada ahli-ahli ASEAN Business Club (ABC) dan
Kuala Lumpur Business Club (KLBC).
Mesyuarat Perniagaan Meja Bulat Malaysia-Vietnam (Roundtable Business
Meeting) yang diadakan pada 8 Disember 2016 telah dihadiri oleh lebih daripada
80 peserta termasuk pemimpin perniagaan terkemuka dari Vietnam, H.E Do
Thang Hai, Timbalan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Vietnam dan Dr.
Doan Duy Khuong, Naib Presiden Vietnam Chamber of Commerce and Industry
(VCCI). Kemuncak Mesyuarat ialah pelancaran Pejabat Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Malaysia Hanoi (MITI Hanoi).
YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed turut melancarkan pembukaan CIMB Bank
Vietnam, bank Malaysia ke-3 yang diberikan lesen untuk mengendalikan sebuah
bank milik asing sepenuhnya di Vietnam, selepas Hong Leong Bank dan Public
Bank. Di samping itu, YB Menteri mengambil bahagian sebagai ahli panel pada
Sidang 3rd Bloomberg ASEAN Business Summit, sesi mengenai bagaimana ASEAN
boleh menggalakkan ekonomi berdaya tahan yang memaksimumkan pelaburan
merentas sempadan antara perniagaan yang inovatif.
MALAYSIA 259
2017

