Page 260 - malaysia_2017
P. 260
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
fORUM PERDAGANGAN MALAYSIA - SAUDI ARABIA
YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
bersama-sama dengan Dr. Ghassan Ahmed Al-Sulaiman, Gabenor Pihak Berkuasa
Perusahaan Kecil dan Sederhana Arab Saudi telah merasmikan Malaysia-Saudi
Arabia Business Forum yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan dan
Pelaburan Arab Saudi melalui Pejabat Komersil di Kuala Lumpur pada 8 Februari
2017. Acara ini telah diadakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar
Malaysia (MATRADE) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Objektif forum Perdagangan adalah untuk:
• Mempromosi dan mengetengahkan peluang-peluang perniagaan dan
pelaburan di Malaysia dan Arab Saudi; dan
• Menyediakan platform untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan
mengenai isu-isu yang berkaitan dengan perdagangan dan pelaburan dan
cara-cara untuk meningkatkan hubungan ekonomi dua hala.
Lebih daripada 550 orang peserta telah menghadiri forum ini, majoriti daripadanya
adalah ahli perniagaan terkemuka Malaysia serta 100 wakil dari syarikat-syarikat
terkenal dan pegawai-pegawai Arab Saudi. Para peserta telah diberi taklimat
mengenai:
• Peluang ekonomi, perdagangan dan pelaburan Malaysia dan juga banyak
insentif pelaburan yang ditawarkan oleh Malaysia; dan
• Peluang perdagangan dan pelaburan di Arab Saudi dan ‘Saudi Arabia Vision
2030’ oleh Saudi Arabia General Investment Authority (SAGIA).
260 MALAYSIA
2017

