Page 262 - malaysia_2017
P. 262
Talent Corporation Malaysia Berhad. MoU antara Business France dan MIDA
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
bertujuan untuk menggalakkan kerjasama dalam pelaburan dan perniagaan serta
perkongsian perdagangan dan perindustrian di antara Perancis dan Malaysia.
Dato ‘Azman Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA dan Frédéric Rossi, Ketua
Pegawai Operasi Business France menandatangani bagi pihak organisasi mereka.
Majlis menandatangani dan pertukaran dua MoU dan satu Surat Hasrat (LoI) antara Business
France dan tiga Agensi Kerajaan Malaysia iaitu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA),
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dan Talent Corporation Malaysia
Berhad.
MAJLIS MENANDATANGANI
MEMORANDUM PERSEfAhAMAN
(MOU) SEMPENA LAwATAN
NEGARA OLEh PRESIDEN
PERANCIS fRANçOIS hOLLANDE
KE MALAYSIA
YB Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri bersama-sama dengan
Presiden Perancis menyaksikan majlis
menandatangani dan pertukaran enam
B2B MoU dalam bidang kecekapan
tenaga, penjanaan kuasa solar, pusat
kecemerlangan “Industri 4.0” dan inovasi dan pemindahan teknologi.
Malaysia dan Perancis terus menikmati hubungan dua hala yang kukuh. Pada
2016, Perancis adalah rakan dagangan global Malaysia ke-18 terbesar, destinasi
eksport ke-20 terbesar dan sumber import ke-16 terbesar. Dalam Kesatuan Eropah
(EU), Perancis adalah rakan dagang Malaysia yang keempat terbesar, destinasi
eksport keempat terbesar dan sumber import kedua terbesar. Jumlah dagangan
antara Malaysia dan Perancis pada 2016 meningkat sebanyak 6.3 peratus dari segi
Ringgit kepada RM15.23 bilion. Eksport Malaysia ke Perancis berjumlah RM5.75
bilion, manakala import berjumlah RM9.49 bilion berbanding 2015.
Dari segi pelaburan, Perancis adalah pelabur asing kelima terbesar dalam sektor
pembuatan dalam kalangan negara-negara anggota EU. Sehingga Disember
2016, sejumlah 117 projek perkilangan telah dilaksanakan, dan pelaburan ini
telah menyediakan lebih daripada 10,000 peluang pekerjaan di negara ini.
262 MALAYSIA
2017

