Page 261 - malaysia_2017
P. 261
ANUGERAh RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
KECEMERLANGAN INDUSTRI
(AKI) 2016
Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI)
telah menganjurkan Anugerah
Kecemerlangan Industri (AKI)
2016 atau Industry Excellence
Award untuk mengiktiraf syarikat-
syarikat Malaysia yang cemerlang
yang telah mencapai satu tahap
kecemerlangan dalam sektor
pembuatan dan perkhidmatan. AKI
2016 menandakan ulang tahun ke-
25 perjalanan Anugerah Industri.
Ulang Tahun Jubli Perak ini telah diadakan pada 17 Mac 2017 di Menara MITI.
AKI mula diperkenalkan pada tahun 1991 dan kini menggunakan Business
Excellence Framework (BEF) sebagai kriteria penanda aras dalam proses penilaian.
Anugerah tersebut dikategorikan di bawah dua kategori utama, pembuatan dan
perkhidmatan. Bermula tahun 2016, satu kategori baharu iaitu Kategori Terbuka
bagi Syarikat Multinasional diperkenalkan. Semua pemenang kategori secara
automatik layak bersaing untuk Anugerah Perdana Menteri yang berprestij.
Anugerah ini adalah anugerah utama AKI dan diberikan sebagai menghargai
kecemerlangan industri secara keseluruhan.
MALAYSIA fRANCE BUSINESS LUNChEON & MAJLIS MENANDATANGANI MOU
Pada 28 Mac 2017, YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan
Tuan Christophe Sirugue, Menteri bagi Industri, Sektor Digital dan Inovasi
bertugas di Kementerian Ekonomi dan Kewangan Perancis menyaksikan majlis
menandatangani dan pertukaran dua MoU dan satu Surat Hasrat (LoI) antara
Business France dan tiga agensi Kerajaan Malaysia iaitu MIDA, MATRADE dan
MALAYSIA 261
2017

