Page 273 - malaysia_2017
P. 273
PENGENALAN
Pada tahun 1972, Kementerian Perusahaan Utama (KPU) telah diwujudkan untuk
memajukan industri komoditi negara yang berupaya memberi sumbangan kepada
pertumbuhan ekonomi negara.
Pada peringkat awal penubuhannya, KPU hanya memberi tumpuan kepada
pembangunan dua komoditi utama iaitu bijih timah dan getah. Peranan KPU
kemudiannya telah dikembangkan meliputi pembangunan komoditi lain seperti
kelapa sawit, koko, perhutanan dan kayu-kayan, mineral, nenas serta tembakau RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
yang turut memberi sumbangan kepada ekonomi negara.
Pada tahun 2004, KPU telah distrukturkan semula dan dikenali sebagai Kementerian
Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK). Penstrukturan semula ini melibatkan
perubahan bidang tanggungjawab, di mana Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH)
dipindahkan daripada Kementerian Pertanian kepada KPPK manakala tanggungjawab
berkaitan perhutanan, mineral dan geosains dipindahkan ke Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar. Tanggungjawab utama lain kementerian masih dikekalkan.
KPPK pada tahun 2012 telah melakukan penjenamaan semula ke atas singkatan
nama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan kini dikenali
sebagai MPIC.
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
PROGRAM TURUN PADANG
-hELLO KOMODITI
Sepanjang tahun 2016, Kementerian
Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
(MPIC) telah menganjurkan lima
program Hello Komoditi bertempat di
Betong, Long Lama, Miri masing-masing
di Sarawak, manakala tiga program Hello
Komoditi juga telah diadakan di Lahad
Datu, Sabah, Sungai Besar, Selangor dan
Kuala Kangsar, Perak. Program bersifat
turun padang ini merupakan pemangkin
bagi menonjolkan perkembangan dan
kemajuan di sektor komoditi iaitu sawit,
getah, kayu-kayan, koko, lada dan kenaf
kepada pelanggan dan stakeholders
termasuk pihak industri. Ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan
pengetahuan dan kesedaran masyarakat,
terutamanya kepada kumpulan sasar
iaitu pekebun kecil, belia dan usahawan
komoditi berhubung inovasi dalam
sektor komoditi dengan kemudahan
MALAYSIA 273
2017

