Page 274 - malaysia_2017
P. 274
serta bantuan yang disediakan oleh
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
kerajaan.
Pengisian program Hello Komoditi
melibatkan penganjuran seminar,
pameran, demonstrasi masakan dan
jualan produk komoditi, seminar
berkaitan komoditi serta kaunter
khidmat nasihat dari pelbagai agensi
di bawah MPIC. Penganjuran Seminar
Komoditi adalah disasarkan khusus
kepada golongan pekebun kecil, belia
dan usahawan berasaskan komoditi.
Melalui penganjuran seminar tersebut
para peserta didedahkan dengan
pelbagai maklumat mengenai bantuan
dan bimbingan mengenai komoditi.
Program Hello Komoditi di Teluk Intan
Perak pada tanggal 25 Mac 2017.
Program ini dirasmikan oleh YB Dato’
Seri Mah Siew Keong, Menteri MPIC,
yang juga merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan. YB Menteri turut berkesempatan
merasmikan Pusat Khidmat 1Komoditi (1CSC) di Pejabat MPOB Cawangan Teluk
Intan bertempat di Bandar Baru, Teluk Intan. Pusat Khidmat 1Komoditi (1CSC)
merupakan salah satu program transformasi di bawah Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi (MPIC).
MESYUARAT PERINGKAT MENTERI
NEGARA-NEGARA PENGELUAR
MINYAK SAwIT (CPOPC)
Mesyuarat Majlis Negara-negara
Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) antara
Malaysia dan Indonesia diteruskan
dengan Menteri MPIC, YB Datuk Seri
Mah Siew Keong mengetuai delegasi
Malaysia ke sesi Mesyuarat Ketiga
Peringkat Menteri Majlis Negara-negara
Pengeluar Minyak Sawit/Council Of
Palm Oil Producing Countries (CPOPC) pada 30 Ogos 2016. Mesyuarat ini diadakan
di Hotel Grand Dorsett, Putrajaya. Delegasi Indonesia diketuai oleh Menteri
Koordinator Hal Ehwal Maritim Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan. Turut hadir
adalah YBhg. Datuk M.Nagarajan, KSU MPIC dan YBrs Dr. Ahmad Kushairi Din,
Ketua Pengarah MPOB.
Tujuan penubuhan CPOPC ini adalah untuk memperkukuh dan meningkatkan
kerjasama dalam pelbagai bidang bagi mempromosi faedah dan kebaikan minyak
sawit serta produk hilirannya dengan menjamin kemampanan industri sawit.
Keahlian dalam CPOPC akan dibuka kepada negara-negara pengeluar sawit
yang lain. Penubuhan CPOPC juga akan membolehkan pelaksanaan langkah-
langkah bersepadu di kalangan negara-negara pengeluar minyak sawit. Ini akan
274 MALAYSIA
2017

