Page 278 - malaysia_2017
P. 278
Pada suku pertama tahun 2017, sektor komoditi merekodkan jumlah KDNK
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
sebanyak RM19.5 bilion, peningkatan sebanyak 12.6 peratus berbanding tempoh
yang sama tahun 2016 iaitu RM17.4 bilion. Sektor komoditi turut menyumbang
sebanyak 7 peratus kepada jumlah KDNK negara bagi tempoh suku tahun tersebut.
SUMBANGAN DALAM MENINGKATKAN TARAf hIDUP RAKYAT
Pada tahun 2016, jumlah pekebun kecil persendirian yang terlibat dalam
mengusahakan tanaman komoditi adalah seramai 659,325 orang dengan jumlah
keluasan tanaman seluas 1.65 juta hektar atau 23.9 peratus daripada jumlah
keluasan tanaman keseluruhan komoditi. Pecahan pekebun kecil mengikut
komoditi adalah seperti berikut:
Jumlah Keluasan
Komoditi Bilangan Pekebun Kecil Tanaman
(hektar)
Sawit 280,977 931,255
Getah 337,939 693,199
Koko 13,618 16,489
Lada 25,654 4,903
Kenaf 1,137 2,579
Jumlah 659,325 1,648,425
Anggaran purata pendapatan kasar bulanan pekebun kecil sektor komoditi pada
tahun 2016 adalah sekitar RM800 hingga RM3,000. Bagi mencapai sasaran rakyat
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, kementerian telah menyediakan
beberapa insentif yang mampu meningkatkan hasil pengeluaran sekali gus
meningkatkan pendapatan para pekebun kecil.
Menyedari hakikat bahawa sumbangan dan kepentingan Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) dalam pembangunan ekonomi Malaysia adalah signifikan,
kementerian turut memantau hampir 10,000 syarikat PKS yang terlibat dalam
penghasilan produk-produk komoditi yang dikategorikan berdasarkan industri
komoditi di peringkat hiliran, pertengahan dan huluan. Di samping itu, PKS juga
diklasifikasikan mengikut saiz operasi iaitu mikro, kecil atau sederhana. Beberapa
program pembangunan PKS telahpun dijalankan sepanjang tahun 2017 antaranya
seperti pemberian pinjaman tanpa faedah kepada usahawan perkayuan
Bumiputera bagi memperolehi bahan mentah kayu yang akan digunakan untuk
pemprosesan produk siap, penyertaan PKS di dalam Pameran Perdagangan
Antarabangsa, Market Research Visit, reka bentuk dan pembangunan produk bagi
meluaskan pasaran di peringkat antarabangsa, Program Good Manufacturing
Practices (GMP) – 5S, Program Pengurusan Lean, kursus-kursus kemahiran dan
sebagainya untuk meningkatkan tahap pemasaran produk oleh para PKS yang
dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah kementerian secara komprehensif.
278 MALAYSIA
2017

