Page 277 - malaysia_2017
P. 277
KELUASAN TANAMAN KOMODITI
Pada tahun 2016, keluasan tanaman komoditi yang meliputi tanaman sawit,
getah, koko, lada, kenaf dan sagu adalah seluas 6.91 juta hektar. Jumlah keluasan
ini adalah 63.2 peratus daripada jumlah keseluruhan guna tanah pertanian
yang dianggarkan seluas 10.94 juta hektar dan 20.9 peratus daripada jumlah
keseluruhan guna tanah negara iaitu seluas 33.03 juta hektar.
PENDAPATAN EKSPORT SEKTOR KOMODITI
Pada tahun 2016, sektor komoditi yang terdiri daripada produk-produk sawit,
getah, kayu-kayan, koko, lada dan tembakau telah mencatatkan jumlah nilai RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
dagangan sebanyak RM153.2 bilion, peningkatan 3 peratus berbanding RM148.6
bilion yang direkodkan pada tahun 2015.
Jumlah pendapatan eksport pada tahun 2016 adalah sebanyak RM122 bilion atau
15.5 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport barangan di Malaysia. Nilai
ini adalah peningkatan sebanyak 4.2 peratus berbanding yang direkodkan pada
tahun 2015 iaitu sebanyak RM117.1 bilion.
Antara rakan dagangan utama dalam pengeksportan produk-produk komoditi
pada tahun 2016 adalah seperti:
• Kesatuan Eropah dengan nilai eksport sebanyak RM18.3 bilion atau 15
peratus daripada jumlah eksport produk-produk komoditi;
• China; RM14.9 bilion; 12.2 peratus;
• Amerika Syarikat; RM13.1 bilion; 10.7 peratus;
• India; RM10.2 bilion; 8.4 peratus;
• Jepun; RM8.7 bilion; 7.1 peratus; dan
• Singapura; RM5.3 bilion; 4.3 peratus.
Bagi tempoh Januari hingga Mac 2017, sektor komoditi merekodkan jumlah
pendapatan eksport sebanyak RM35.4 bilion, peningkatan 28.4 peratus berbanding
RM27.6 bilion yang dicatatkan bagi tempoh yang sama tahun 2016.
SUMBANGAN DALAM KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK)
Sektor komoditi yang meliputi aktiviti di peringkat huluan (upstream) dan hiliran
(downstream) menyumbang sebanyak 7.4 peratus atau RM82.1 bilion kepada
jumlah keseluruhan KDNK.
Sektor pertanian mencatatkan nilai KDNK sebanyak RM89.5 bilion pada tahun
2016. Daripada jumlah ini, subsektor sawit di peringkat huluan merupakan
penyumbang terbesar dengan nilai sebanyak RM38.5 bilion atau 43.1 peratus.
Subsektor getah pula mencatatkan nilai sebanyak RM6.4 bilion (7.1%) manakala
subsektor pembalakan dan perhutanan menyumbang sebanyak RM6.4 bilion
(7.2%).
Sektor pembuatan pula merekodkan nilai KDNK sebanyak RM254.7 bilion pada
tahun 2016. Industri berasaskan sawit di peringkat hiliran menyumbang sebanyak
RM9.6 bilion atau 3.8 peratus. Industri berasaskan kayu-kayan dan getah pula
masing-masing sebanyak RM8.3 bilion (3.3%) dan RM7.3 bilion (2.9%).
MALAYSIA 277
2017

