Page 275 - malaysia_2017
P. 275

membolehkan pengukuhan kerjasama di kalangan para pengeluar minyak sawit
              dalam bentuk kerjasama penyelidikan, promosi, peningkatan imej positif minyak
              sawit dan juga kemampanan industri sawit dalam jangka masa panjang.



              DIALOG MPIC 2016
              Dialog MPIC 2016 merupakan satu platform interaksi dua hala yang diwujudkan
              selaras dengan prinsip public engagement dengan stakeholders yang terlibat dalam
              sektor komoditi. Objektif penganjuran Dialog MPIC 2016 adalah seperti berikut:
                •   membincangkan  isu  dan  cabaran  yang  dihadapi  oleh  stakeholders  dalam   RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
                   sektor komoditi;
                •   mendapatkan  pandangan  akan  pelaksanaan  polisi  sedia  ada  kerajaan  di
                   samping cadangan penambahbaikan bagi memacu sektor komoditi; dan
                •   membantu  MPIC  mengemas  kini  pelan  pembangunan  industri  komoditi
                   negara di samping sebagai penyediaan input kepada Bajet Tahunan negara.

              Dialog MPIC 2016 selama dua hari telah bermula pada 19  hingga 20  September
              2016 juga melibatkan penyertaan seperti berikut:
                •    94 buah persatuan/industri yang terlibat dalam sektor komoditi merangkumi
                   daripada peringkat upstream & downstream;
                      »  Sesi 1 (Sektor Sawit & Biobahan Api): 19 Industri/ Persatuan
                      »  Sesi 2 (Sektor Kayu Kayan): 16 Industri/Persatuan
                      »  Sesi 3 (Sektor Getah): 18 Industri/Persatuan
                      »  Sesi  4  (Sektor  Koko,  Lada,  Tembakau,  Kenaf  dan  Sagu):  41  Industri/
                      Persatuan
                •   28 agensi-agensi kerajaan yang mempunyai hubung kait dalam pembangunan
                   industri negara; dan
                •   12 Lembaga dan Majlis di bawah seliaan MPIC.

              Isu utama yang menjadi tumpuan perbincangan dalam Dialog MPIC 2016 adalah
              cadangan-cadangan bagi Belanjawan Tahun 2017 daripada pihak industri dengan
              mengambil  kira  sektor  komoditi  kekal  berdaya  saing  dalam  keadaan  ekonomi
              yang mencabar.
                                                   Wakil  daripada  pekebun  kecil  turut
                                                   diundang   dan    telah   mengambil
                                                   bahagian  dalam  Dialog  MPIC  2016.
                                                   Pihak kementerian akan terus komited
                                                   dalam  mendengar  cadangan  serta
                                                   maklum  balas  daripada  semua  pihak
                                                   dalam  memastikan  semua  pandangan
                                                   telah diambil kira sebelum  polisi atau
                                                   cadangan  dilaksanakan  dan  MPIC
                                                   mensasarkan inisiatif yang dilaksanakan
                                                   menerusi program Dialog MPIC 2016 ini
                                                   akan dapat membantu menangani isu-
                                                   isu  yang  melibatkan  industri  komoditi
                                                   negara.







                                                            MALAYSIA 275
                                                                         2017
   270   271   272   273   274   275   276   277   278   279   280