Page 276 - malaysia_2017
P. 276

MAJLIS SAMBUTAN 100 TAhUN
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
                                                 KEGEMILANGAN INDUSTRI
                                                 SAwIT NEGARA
                                                 Majlis   Sambutan     100     Tahun
                                                 Kegemilangan  Industri  Sawit  Negara
                                                 disambut  meriah  dan  penuh  gilang
                                                 gemilang  di  Ladang  Tennamaram,
                                                 Bestari Jaya, Selangor pada 18 Mei 2017.
                                                 Sambutan  ini  telah  memahat  sejarah
                                                 sejak  bermulanya  penanaman  sawit
                                                 secara  komersial  pada  tahun  1917
                                                 apabila  seorang  pengusaha  ladang
                                                 berbangsa Perancis, Henry Faucounnier
                                                 menanam  sawit  komersial  di  Ladang
                                                 Tennamaram,  Batang  Berjuntai  (kini
                                                 Bestari Jaya), Kuala Selangor.
                                                 Perdana    Menteri   Malaysia,   YAB
                                                 Dato’   Sri   Mohd   Najib   bin   Tun
                                                 Abdul  Razak  telah  merasmi  dan
                                                 melancarkan  Setem  dan  Coffee  Table
                                                 Book    sempena  Sambutan  100  tahun
                                                 Kegemilangan  Sawit  Negara.  Beliau
                                                 turut    menyampaikan      beberapa
                                                 anugerah  termasuk  Anugerah  Khas
                                                 Pekebun  Kecil  dan  Anugerah  Khas
                                                 Pengasas  Industri  Sawit.  Sementara
                                                 itu,  Menteri  Perusahaan  Perladangan
                                                 dan Komoditi, YB Datuk Seri Mah Siew
                                                 Keong  kemudiannya  menyampaikan
                                                 Anugerah Tokoh Pembangunan Industri
                                                 Sawit kepada YAB Perdana Menteri. YAB
                                                 Perdana  Menteri  turut  mengumumkan
            peruntukan tambahan sebanyak RM510 juta kepada pekebun kecil kelapa sawit
            sebagai penghargaan kerajaan terhadap sumbangan industri perladangan sawit
            kepada negara.

            Bagi memastikan industri sawit akan terus berkembang dengan mampan, Perdana
            Menteri menggariskan lima fokus utama dalam industri sawit agar dapat dilonjak
            ke tahap yang lebih tinggi.

            Perdana  Menteri  ketika  berucap  di  Majlis  Sambutan  100  tahun  Industri  Sawit
            Negara  di  Ladang  Tennamaram  memberi  penekanan  kepada  Malaysian
            Sustainable  Palm  Oil  Scheme  (MSPO)  atau  Skim  Pensijilan  Mampan  Malaysia,
            penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R&D&C), turut disentuh adalah
            pembangunan  modal  insan  bagi  meningkatkan  produktiviti  dan  daya  saing
            industri sawit di masa hadapan.








              276  MALAYSIA
                                2017
   271   272   273   274   275   276   277   278   279   280   281