Page 286 - malaysia_2017
P. 286
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
PROGRAM PERDANA BERMALAM DI MUZIUM 2016
Program Perdana Bermalam di Muzium dianjurkan pada 30 hingga 31 Ogos 2016 di
21 buah muzium bawah naungan Jabatan Muzium Malaysia bersempena dengan
sambutan Hari Kebangsaan ke-59 sekali gus dapat meningkatkan semangat
patriotik serta pemahaman terhadap erti kemerdekaan di kalangan pelajar.
Program ini dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Ia
juga mensasarkan untuk mendekatkan muzium dengan masyarakat sekali gus
menarik minat generasi muda untuk menghargai peranan yang dimainkan oleh
muzium dalam pembentukan negara bangsa yang berkualiti.
Program ini mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) untuk
penyertaan terbanyak iaiu seramai 1,573 orang pelajar yang berusia di antara 14
hingga 17 tahun. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk tidur beramai-ramai
dalam galeri dengan beralaskan tikar, penghayatan lagu patriotik, lakonan sketsa
patriotik serta laungan “merdeka” dan kibaran Jalur Gemilang tepat pada detik 12
tengah malam. Program ini dilaksanakan sejak tahun 2005 dan sentiasa mendapat
sambutan yang menggalakkan saban tahun.
286 MALAYSIA
2017

