Page 308 - malaysia_2017
P. 308

atau bakal pembeli yang gagal mendapatkan pembiayaan daripada mana-mana
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
            institusi  kewangan  atau  unbankable.  Buat  masa  ini,  RTO  adalah  khusus  untuk
            pembelian rumah PPR Gua Musang, Kelantan (1,000 unit), PPR Lembah Subang 2,
            Selangor (1,580 unit), PPR Kampung Hassan, Selangor (300 unit) dan PPR Ladang
            Siliau, Port Dickson (300 unit) dan mana-mana PPR yang akan diputuskan untuk
            dijual oleh kementerian.

            Penyediaan rumah di bawah PPR merupakan salah satu daripada kaedah untuk
            mencapai  sasaran  satu  juta  rumah  mampu  milik  (RMM)  seperti  yang  telah
            dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Bagi tempoh Julai 2016 hingga April
            2017, KPKT telah melaksanakan beberapa majlis pra-pelancaran, pecah tanah dan
            penyerahan kunci PPR, antaranya ialah:

                                                   PECAh TANAh PPR SERI
                                                   ISKANDAR, PERAK
                                                   Majlis   Pecah   Tanah    Program
                                                   Perumahan     Rakyat   (PPR)   Seri
                                                   Iskandar, Perak telah disempurnakan
                                                   oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry
                                                   bin Abdul Kadir (Menteri Besar Perak)
                                                   pada 22 Ogos 2016.

                                                   Projek  PPR  Seri  Iskandar  ini  dibina
                                                   di atas tapak seluas 10 ekar dengan
                                                   kos sebanyak RM15.6 juta. Projek ini
                                                   terdiri daripada 99 unit rumah teres
            tiga bilik dan dua bilik air dengan keluasaan 700 kaki persegi yang turut dilengkapi
            dengan kelengkapan asas seperti lampu dan kipas.

                                                   PENYERAhAN KUNCI RUMAh
                                                   KEKAL BANJIR (RKB) DI PPR
                                                   GUA MUSANG, KELANTAN
                                                   YB Tan Sri Noh bin Haji Omar Omar
                                                   (Menteri   Kesejahteraan   Bandar
                                                   Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
                                                   telah merasmikan Majlis Penyerahan
                                                   Kunci  Rumah  Kekal  Banjir  (RKB)  di
                                                   PPR  Gua  Musang,  Kelantan  pada  9
                                                   September 2016.

                                                   PPR  Gua  Musang  ini  menyediakan
                                                   1,000  unit  rumah  jenis  kediaman
            rumah  pangsa  lima  tingkat  yang  telah  siap  dibina  dan  sedia  didiami.  PPR  ini
            merupakan PPR yang pertama yang melaksanakan Skim Sewa untuk Milik (RTO).

            Dalam majlis ini, seramai 31 buah keluarga mangsa banjir telah menerima kunci
            RKB  di  PPR  Gua  Musang.  Dengan  usaha  ini,  kerajaan  berharap  mereka  akan
            menjalani kehidupan harian yang lebih selesa dan sejahtera.






              308  MALAYSIA
                                2017
   303   304   305   306   307   308   309   310   311   312   313