Page 310 - malaysia_2017
P. 310

teres berkeluasan 700 kaki persegi dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
            asas seperti dewan serbaguna, surau, tadika dan taman permainan.
            PPR Siliau Jaya ini merupakan salah satu projek yang telah diluluskan pelaksanaan
            Skim  Sewa  untuk  Milik  (Rent-to-Own,  RTO)  bagi  pemilikannya.  Seramai  106
            pemohon telah ditawarkan Skim RTO dan menerima kunci unit masing-masing,
            manakala bakinya akan melalui proses pembiayaan daripada institusi kewangan
            tempatan.
                                                 PECAh TANAh PPR BUKIT
                                                 NANAS, KUALA NERUS,
                                                 TERENGGANU
                                                 YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul
                                                 Razak (Perdana Menteri Malaysia) telah
                                                 menyempurnakan  Majlis  Pecah  Tanah
                                                 PPR  Bukit  Nanas,  Tepoh,  Kuala  Nerus
                                                 pada 15 April 2017.

                                                 PPR  Bukit  Nanas  yang  akan  dibina
                                                 dengan  kos  pembangunan  sebanyak
                                                 RM83.475  juta  ini  akan  menyediakan
            500 unit rumah pangsa lima tingkat yang dilengkapi dengan kemudahan surau,
            taska, tadika, taman permainan, kedai serta dewan orang ramai. PPR ini dibina di
            atas tapak seluas 17.4 ekar dan dijangka siap pada awal tahun 2020.


                                                 PENYERAhAN KUNCI PPR
                                                 TEhEL, MELAKA
                                                 YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul
                                                 Razak (Perdana Menteri Malaysia) telah
                                                 menyempurnakan  Majlis  Penyerahan
                                                 Kunci PPR Tehel, Melaka pada 21 April
                                                 2017.

                                                 PPR  Tehel  ini  dibangunkan  dengan
                                                 kos  sebanyak  RM80  juta  di  atas  tapak
                                                 seluas 10 ekar dan telah disiapkan pada
                                                 29  Julai  2016.  PPR  ini  mempunyai  500
            unit rumah pangsa yang dilengkapi dengan kemudahan surau, dewan serbaguna,
            tadika, kedai, gerai, gelanggang futsal, gelanggang takraw dan taman permainan.


















              310  MALAYSIA
                                2017
   305   306   307   308   309   310   311   312   313   314   315