Page 313 - malaysia_2017
P. 313

PENGENALAN


              Sejarah  penubuhan  Kementerian  Belia  dan  Sukan  (KBS)  bermula  pada  tahun
              1953  dengan  tertubuhnya  Bahagian  Kebudayaan  di  bawah  Jabatan  Kebajikan
              Masyarakat  yang bertanggungjawab mengenai belia. Pada tahun 1964, Bahagian
              Kebudayaan  ini  telah  dipindahkan  di  bawah  Kementerian  Penerangan.  Ekoran
              daripada  perkembangan  pesat  dalam  kegiatan  belia  secara  berpersatuan,
              Bahagian Belia dan Bahagian Sukan telah ditubuhkan di bawah kementerian ini
              bertujuan  memupuk  serta  memantau  perkembangan  tersebut.  Kementerian
              Belia dan Sukan diwujudkan pada 15 Mei 1964, bersempena Hari Belia Negara.    RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
              Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan nama Kementerian
              Belia dan Sukan telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
              Portfolio  ini  kekal  sehingga  tahun  1987  apabila  Bahagian  Kebudayaan  telah
              dipindahkan  di  bawah  Kementerian  Kebudayaan,  Kesenian  dan  Pelancongan.
              Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan itu, nama Kementerian Kebudayaan,
              Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan
              Sukan (KBS) hingga sekarang. KBS telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar
              kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan belia dan sukan.




              AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

              MYCORPS : MISI KESUKARELAwANAN DAN KEMANUSIAAN BELIA
              MALAYSIA DI PERINGKAT ANTARABANGSA
              MyCorps @ Timur Tengah merupakan misi MyCorps yang keempat selepas misi
              percubaan  (pilot  project)  pada  tahun  2015,  Misi  I  Kemboja  dan  Misi  II  Kemboja
              pada tahun 2016. Program kesukarelawanan antarabangsa ini merupakan inisiatif
              Kementerian  Belia  dan  Sukan  Malaysia  (KBS)  melalui  Jabatan  Belia  dan  Sukan
              Negara untuk merealisasikan usaha kerajaan membangunkan nilai positif dalam
              kalangan belia Malaysia melalui platform kesukarelawanan dan kemanusiaan.

              Misi MyCorps @ Timur Tengah telah dilaksanakan bermula pada 4 Disember 2016
              dan berakhir pada 3 Februari 2017.  Seramai 44 belia telah terpilih untuk misi kali
              ini yang mana 21 sukarelawan ditempatkan di Lubnan, 12 orang di Jordan dan 11
              orang di Turkey. Kesemua mereka terdiri dari pelbagai kaum serta mempunyai
              latar belakang pendidikan yang berbeza.  Para sukarelawan ditempatkan bersama
              komuniti setempat serta pelarian Syria yang memerlukan bantuan sokongan sosial
              dalam konteks pembangunan komuniti, sosial dan ekonomi selama dua bulan.

              Bagi  pelaksanaan  misi  tersebut,  KBS  telah  berkerjasama  dengan  dua  NGO
              tempatan iaitu Malaysia Aid & Humanitarian Relief (MAHAR) serta Malaysia Life
              Line for Syria (MLLFS). Peluang ini juga telah memberi pengalaman yang berharga
              kepada  peserta  MyCorps  untuk  bekerjasama  dengan  NGO-NGO  antarabangsa
              seperti Union of Relief and Development Association (URDA), Ghirass for Society
              Development  (GHIRASS),  Awareness  and  Consolation  Association  (ACA),  Jordan
              Heshimete  Charity  Organisation  (JHCO),  Namaa  Society,  Bina  Insan  Dernegi
              (BONYAN), Namaa Society For Community Development (NAMAA) dan Sama Al-
              Badeya (SAMA) yang bertindak sebagai rakan pelaksana di lapangan.





                                                            MALAYSIA 313
                                                                         2017
   308   309   310   311   312   313   314   315   316   317   318