Page 309 - malaysia_2017
P. 309

PERASMIAN PPR BATU SAPI,
                                                   SANDAKAN, SABAh
                                                   YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul
                                                   Razak (Perdana Menteri Malaysia) telah
                                                   menyempurnakan  majlis  perasmian
                                                   PPR  Batu  Sapi,  Sandakan,  Sabah  pada
                                                   3 Mac 2017. YAB Perdana Menteri telah
                                                   menyerahkan  kunci  kepada  10  orang
                                                   pemohon  yang  berjaya.  YAB  Perdana
                                                   Menteri  juga  mengumumkan  bahawa     RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
                                                   PPR  ini  diberi  Skim  Sewa  untuk  Milik
                                                   (RTO).

              PPR  Batu  Sapi  yang  telah  siap  bina  pada  Oktober  2015  dengan  kos  sebanyak
              RM32 juta ini, mempunyai 180 unit kediaman yang dilengkapi dengan pelbagai
              kemudahan  termasuk  masjid  dan  dewan.  PPR  ini  turut  menyediakan  lima  unit
              kediaman yang mesra Orang Kurang Upaya (OKU).

                                                   PRA-PELANCARAN PPR
                                                   KAMUNTING, PERAK
                                                   Majlis  Pra-pelancaran  PPR  Kamunting
                                                   telah  disempurnakan  oleh  YAB  Dato’
                                                   Seri  Diraja  Dr.  Zambry  bin  Abdul
                                                   Kadir  (Menteri  Besar  Perak)  semasa
                                                   Sambutan Hari Landskap Negara 2017
                                                   Peringkat  Kebangsaan  pada  2  April
                                                   2017.
                                                   PPR  Kamunting  ini  akan  dibina  di
                                                   atas  tanah  seluar  26.52  ekar  dengan
                                                   peruntukan  berjumlah  RM39  juta  dan
              kerja-kerja pembinaan yang dijangka selesai pada 2019. PPR ini akan menyediakan
              sebanyak 260 unit rumah yang dilengkapi dengan tadika, surau, bilik komuniti dan
              padang permainan. Setiap unit PPR ini adalah berkeluasan 700 kaki persegi dan
              mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu dan dapur.

                                                   PENYERAhAN KUNCI PPR
                                                   TAMAN SILIAU JAYA, PORT
                                                   DICKSON, NEGERI SEMBILAN
                                                   YAB  Dato’  Seri  Utama  Haji  Mohamad
                                                   bin  Haji  Hasan  (Menteri  Besar  Negeri
                                                   Sembilan)   telah   menyempurnakan
                                                   Majlis  Penyerahan  Kunci  PPR  Taman
                                                   Siliau  Jaya,  Port  Dickson,  Negeri
                                                   Sembilan pada 13 April 2017.

                                                   Projek  PPR  Taman  Siliau  Jaya  ini  telah
                                                   dibina  di  atas  tapak  seluas  20  ekar
              dengan  kos  sebanyak  RM17.6  juta.  Projek  ini  terdiri  daripada  150    unit  rumah




                                                            MALAYSIA 309
                                                                         2017
   304   305   306   307   308   309   310   311   312   313   314