Page 314 - malaysia_2017
P. 314
Sukarelawan yang terpilih telah melalui latihan pra-penempatan di Pusat Belia
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur selama sebulan sebelum berlepas ke negara
penempatan masing-masing. Latihan ini telah dilaksanakan dengan modul-modul
latihan yang komprehensif dan bersesuaian bagi memastikan mereka benar-benar
bersedia untuk menyumbang, melaksanakan peranan yang diamanahkan serta
menghadapi cabaran semasa yang ada di negara-negara terbabit. Modul latihan
turut memberi penekanan di dalam aspek kepimpinan, kerjasama berpasukan,
motivasi, bantuan kecemasan serta sejarah dan budaya negara-negara Timur
Tengah.
Selama dua bulan di lapangan para sukarelawan telah menjalankan 57 projek
di ketiga-tiga negara antaranya membina perpustakaan, pusat pembelajaran IT
dan makmal komputer, gelanggang futsal, pusat pendidikan awal kanak-kanak
serta pusat rehabilitasi bagi mangsa peperangan. Kesemua projek ini dibiayai
dengan dana permulaan dari KBS serta kutipan derma hasil inisiatif dari para
sukarelawan sendiri yang berjumlah hampir RM200,000.00
Sepanjang pelaksanaan program MyCorps yang bermula sejak 2015, KBS telah
berjaya melahirkan ramai pemimpin sukarelawan belia yang terus bergiat aktif di
dalam bidang kesukarelawanan dan kemanusiaan. Selaras dengan hasrat YB Brig
Jen Khairy Jamaluddin semasa ucapan pada Masjlis Penutup MyCorps @ Timur
Tengah, Persatuan Alumni MyCorps telah berjaya ditubuhkan pada Februari 2017
yang lepas.
Persatuan ini memainkan peranan yang penting dalam menyelaraskan tenaga
dan kepakaran para sukarelawan untuk meneruskan usaha kemanusiaan di
dalam negara pula. Adalah menjadi harapan KBS agar platform seumpama ini
dapat diteruskan sebagai salah satu usaha untuk melahirkan belia Malaysia yang
mempunyai nilai jati diri yang tinggi, prihatin dan bertanggungjawab kepada
bangsa dan negara serta mampu berdaya saing di peringkat global.
BooTCAMP : LATIhAN
KEMAhIRAN DENGAN JAMINAN
PELUANG PEKERJAAN
KBS telah mengambil inisiatif
memperkenalkan program BOOTCAMP
sebagai salah satu usaha memacu
perubahan seperti yang digariskan
dalam RMK-11 yang mana pelaksanaan
TVET diterajui industri bagi memastikan
pemadanan penawaran dan permintaan
pasaran pekerjaan adalah bersesuaian
serta memenuhi standard kualiti.
Program BOOTCAMP dibangunkan
dengan kerjasama majikan dalam kalangan industri yang memerlukan tenaga
kerja bagi sesuatu bidang kemahiran yang telah dikenalpasti.
Bersama-sama Prasarana Malaysia Berhad melalui Rapidbus, KBS telah
menawarkan program BOOTCAMP Kapten Bas seperti yang dipersetujui dalam
MoU yang ditandatangni pada 16 Mei 2016. Seramai 20 orang peserta telah dipilih
314 MALAYSIA
2017

