Page 316 - malaysia_2017
P. 316
bersukan dan seterusnya memacu negara ke arah negara bersukan bersesuaian
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
dengan Strategi Lautan Biru Nasional.
Pada tahun 2016, Hari Sukan Negara berjaya dilaksanakan pada 8 Oktober
2016 dengan penganjuran 26,323 program dan jumlah keseluruhan penyertaan
sebanyak 7,658,899 orang. Kementerian Luar Negeri melaporkan 104 perwakilan
Malaysia di luar negara turut melaksanakan HSN 2016 dengan jumlah penyertaan
sebanyak 7,197 orang.
Sambutan telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negara, melibatkan
penyertaan di peringkat Kebangsaan, Negeri, Bahagian (Sabah dan Sarawak),
Daerah, Daerah Kecil, Parlimen, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung [ JKKK / JKKK (P)] dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) di seluruh
negara.
Aktiviti dan pengisian Hari Sukan Negara tidak tertumpu kepada sesuatu kategori
sukan sahaja, malah terbuka kepada semua aktiviti termasuk sukan tradisional,
sukaneka dan sukan rakyat. Oleh yang demikian, sebarang aktiviti sukan yang
dilakukan pada Hari tersebut dikira sebagai pengisian Hari Sukan Negara.
PASUKAN ROBOTIK IKTBN
SEPANG CEMERLANG DALAM
INTERNATIONAL ROBOT
PRIDE 2016
Pasukan Robotik IKTBN Sepang
menjadi kebanggaan negara,
khususnya kepada Kementerian
Belia dan Sukan (KBS) apabila berjaya
memenangi dua pingat emas dan satu
anugerah khas IEEE-RAS Excellance
Award 2016 semasa pertandingan
International Robot PRIDE 2016 di
Universiti Hosei, Tokyo Jepun pada
17 hingga 18 Disember 2016. Pingat
emas yang diperolehi adalah dari
kategori pertandingan Robot Dance dan kategori Universiti/Kolej. PRIDE adalah
platform terbaik belia untuk mendalami, menguasai dan merealisasikan idea dan
rekabentuk inovatif dalam lingkungan skop robotik, sensor, automasi dan sistem
pengaturcaraan. Pertandingan ini memberi fokus kepada peringkat asas dan
penggunaan kejuruteraan kreatif dan teknologi komputer terhadap penciptaan
robot sebagai produk komersial. Selain Malaysia, pertandingan ini turut disertai 36
pasukan dari pelbagai negara termasuk Jepun, Australia, India dan lain-lain negara
yang mempunyai kemajuan teknologi yang lebih tinggi. Pendedahan dan pengalaman
berkait bidang robotik kepada pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan
(ILKBS) dan IKTBN Sepang khasnya adalah persiapan awal dalam menyediakan
tenaga kerja mahir negara menghadapi Revolusi Industri 4.0.
316 MALAYSIA
2017

