Page 330 - malaysia_2017
P. 330

SAMBUTAN PERDANA 50 TAhUN MARA
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
            Majlis  Sambutan  Perdana  50  Tahun  Majlis  Amanah  Rakyat  (MARA)  telah
            disempurnakan  oleh  Perdana  Menteri  Malaysia,  YAB  Dato’  Sri  Mohd  Najib  Tun
            Abdul Razak di Menara MARA, Kuala Lumpur pada 4 April 2016. Perdana Menteri
            dalam  majlis  itu  mengumumkan  lima  langkah  persediaan  untuk  mengukuhkan
            lagi MARA bagi menghadapi cabaran untuk 50 tahun akan datang iaitu:

                   »  Anak syarikat MARA akan distrukturkan semula dan diletakkan di bawah
                    satu syarikat dikenali sebagai MARA Corporation dengan modal berbayar
                    RM1.4  bilion.  Ia  dilaksanakan  bagi  membolehkan  pengurusan  dan
                    tadbir urus anak syarikat MARA lebih teratur dan kemas.

                   »  Penubuhan  Rural  Capital  Berhad  syarikat  yang  memberi  khidmat
                    pembiayaan kewangan dan bantuan serta nasihat keusahawanan kepada
                    usahawan Melayu dan Bumiputera.

                   »  Penubuhan UniMARA yang menawarkan kursus bukan berasaskan teknikal
                    dan vokasional (TVET).

                   »  Yayasan  Pelajaran  MARA  (YPM)  akan  diubah  kepada  Yayasan  MARA
                    bagi membolehkan yayasan itu meluaskan bantuannya dan tidak hanya
                    tertumpu  kepada  pelajaran  saja.    Dana  sebanyak  RM800  juta  diberikan
                    dan Yayasan MARA boleh menghulurkan bantuan kebajikan lain seperti
                    bantuan bencana alam.

                   »  Jalan  Semarang  antara  Kompleks  Pertama  dan  Medan  MARA  ditukar
                    kepada Jalan MARA sebagai simbol kewujudan 50 tahun MARA yang banyak
                    menyumbang kepada orang Melayu dan Bumiputera.

            Majlis turut dihadiri oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri
            Ismail  Sabri  Yaakob,  Menteri  Wilayah  Persekutuan,  Datuk  Seri  Adnan  Mansur,
            Menteri  dan  Timbalan-timbalan  Menteri,  pegawai-pegawai  tertinggi  KKLW  dan
            MARA, serta warga MARA.





























              330  MALAYSIA
                                2017
   325   326   327   328   329   330   331   332   333   334   335