Page 332 - malaysia_2017
P. 332

TRANSfORMASI TABIKA KEMAS
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
            Pelancaran Transformasi TABIKA KEMAS pada 22 Ogos 2016 oleh YB Dato’ Sri Ismail
            Sabri bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah diadakan di
            Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan.  Transformasi TABIKA KEMAS
            melibatkan  penambahbaikan  silibus  pembelajaran  Kurikulum  Standard  Pra
            Sekolah  Kebangsaan  (KSPK)  bagi  meningkatkan  kualiti  pendidikan  awal  kanak-
            kanak  serta  menaik  taraf  prasarana  premis  TABIKA  KEMAS  bagi  meningkatkan
            kualiti dan keselamatan persekitaran pembelajaran.

            KEMAS bertujuan menjadikan TABIKA KEMAS sebagai pilihan utama ibu bapa dalam
            melahirkan modal insan berkualiti.  Terdapat tiga modul baru yang diperkenalkan
            dalam Transformasi ini iaitu:
            •  Program Penghayatan Pendidikan Islam (PPI)
                Modul  Program  Pendidikan  Islam  (PPI)  merupakan  inisiatif  semua  pihak
                termasuk ibu bapa yang mahu melihat anak mereka mengetahui mengenai
                perkara asas Pendidikan Agama Islam.  Program ini telah dimulakan dengan
                projek  rintis  pada  bulan  April  2015  dengan  melibatkan  seramai  999  orang
                Pemaju Masyarakat (PM) TABIKA KEMAS.  Pada tahun 2016, jumlahnya terus
                bertambah  kepada  6,000  orang  PM  TABIKA  KEMAS.  Bermula  tahun  2017
                dijangka semua Kelas TABIKA KEMAS akan melaksanakan PPI ini.
            •  Pemupukan Semangat Patriotik
                Modul  Patriotik  ini  bertujuan  untuk  menyemai  rasa  cinta,  hormat  dan
                penghargaan kanak-kanak kepada pemimpin serta Negara.  Semangat ini perlu
                disemai  bermula  usia  empat  tahun  hingga  enam  tahun  bagi  mengelakkan
                mereka terpengaruh dengan perkara negatif apabila dewasa kelak.  Modul
                ini  akan  membantu  membentuk  keyakinan  diri  kanak-kanak  seterusnya
                melahirkan  pewaris  bangsa  yang  mempunyai  semangat  cintakan  Agama,
                Bangsa dan Negara.
            •  Modul Keyakinan Diri
                Sejajar dengan aspirasi pendidikan ke arah pembelajaran abad ke-21 untuk
                melahirkan modal insan yang berdaya saing di peringkat negara dan global,
                pihak  KEMAS  telah  merangka  Modul  Keyakinan  Diri  Kanak-kanak  TABIKA
                KEMAS  ke  arah  melahirkan  kanak-kanak  yang  CERIA,  CERDAS  dan  CERDIK.
                Modul  ini  disepadukan  berasaskan  enam  tunjang  yang  digariskan  dalam
                kurikulum Standard Pendidikan Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK) serta enam
                aspirasi  yang  digariskan  dalam  Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia
                (PPPM).





















              332  MALAYSIA
                                2017
   327   328   329   330   331   332   333   334   335   336   337