Page 331 - malaysia_2017
P. 331

KARNIVAL           PENINGKATAN
                                                   PENDAPATAN (PPP)  2016 DAN
                                                   PENYERAhAN MOBILEPRENEUR
                                                   Menteri  Kemajuan  Luar  Bandar  dan
                                                   Wilayah,  YB  Dato’  Sri  Ismail  Sabri  bin
                                                   Yaakob  telah  merasmikan  Karnival
                                                   Program Peningkatan Pendapatan (PPP)
                                                   di Laman Kerayong, Bera, Pahang pada
                                                   15  Mei  2016  dengan  menyampaikan
                                                   Mobilepreneur  kepada  peserta-peserta   RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
                                                   program PPP.



              PROGRAM TUISYEN RAKYAT@KKLw
              Majlis  Pelancaran  Program  Tuisyen  Rakyat@KKLW  pada  1  Jun  2016  telah
              disempurnakan  oleh  YB  Dato’  Sri  Ismail  Sabri  bin  Yaakob,  Menteri  Kemajuan
              Luar  Bandar  dan  Wilayah  di  Dewan  Jubli,  Kuala  Kangsar,  Perak.    Kementerian
              telah mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan tahap pencapaian akademik
              di kalangan pelajar yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah B40
              (bawah RM3,500) di luar bandar melalui Program Tuisyen Rakyat@KKLW.
              Program  yang  memfokuskan  calon-calon  peperiksaan  Ujian  Penilaian  Sekolah
              Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini memberi tumpuan kepada
              mata  pelajaran  teras  melalui  kelas  bimbingan  tambahan  percuma  yang
              dilaksanakan melalui kerjasama agensi-agensi pelaksana di bawah Kementerian
              seperti  Yayasan  Pelajaran  MARA  (YPM),  RISDA,  FELCRA,  KESEDAR,  KETENGAH,
              KEJORA, KEDA dan JAKOA.
              Pelaksanaan  Tuisyen  Rakyat  @KKLW  yang  bermula  pada  tahun  2016  adalah
              berkonsepkan Community Social Responsibility (CSR) oleh agensi pelaksana iaitu
              dengan menggunakan peruntukan dalaman jabatan atau agensi masing-masing.














              PERINCIAN PELAKSANAAN PROGRAM TUISYEN RAKYAT@KKLw
              TAhUN 2016
                                                SASARAN              PENCAPAIAN
                TAhUN      PERUNTUKAN
                                             BIL.       BIL.       BIL.       BIL.
                                            PUSAT     PELAJAR     PUSAT     PELAJAR

                 2016       6,577,150.00     400       30,000      438       22,068




                                                            MALAYSIA 331
                                                                         2017
   326   327   328   329   330   331   332   333   334   335   336