Page 333 - malaysia_2017
P. 333

PROGRAM MOh NGETEh
                                                      hARI KEBANGSAAN@KKLw
                                                      Program    Moh     Ngeteh   Hari
                                                      Kebangsaan@KKLW       pada    29
                                                      Ogos    2016   adalah   program
                                                      kemuncak    sempena    Sambutan
                                                      Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
                                                      di  Kementerian.    Program  ini
                                                      adalah  usaha  berterusan  pihak
                                                      Kementerian    dalam   memupuk      RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
                                                      semangat    nasionalisme   dalam
                                                      kalangan  warganya.    Ianya  telah
                                                      diadakan  serentak  seluruh  negara
              melibatkan 150 lokasi melalui Jabatan dan Agensi KKLW seperti KESEDAR, KEDA,
              KETENGAH, INFRA, KEMAS, MARA, RISDA, KEJORA, FELCRA, JAKOA dan Pusat-pusat
              Transformasi Luar Bandar (RTC).

              Program telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri
              Kemajuan  Luar  Bandar  Dan  Wilayah  di  Maktab  Rendah  Sains  MARA  (MRSM)
              Pengkalan Chepa, Kelantan.

              Penganjuran  ini  adalah  merupakan  salah  satu  inisiatif  Kementerian  dalam
              memupuk  rasa  cinta  kepada  Negara.  Ia  juga  bertujuan  untuk  membentuk
              semangat jati diri yang mantap dan jitu dalam kalangan warga sebagai bangsa
              Malaysia yang berdaulat.

                                                      hALfEST 2016
                                                      HALFEST  2016  yang  berlangsung
                                                      pada 31 Ogos hingga 4 September
                                                      2016  di  Pusat  Pameran  Mines
                                                      (MIECC), Seri Kembangan, Selangor
                                                      telah  dirasmikan  oleh  YB  Dato’  Sri
                                                      Ismail  Sabri  bin  Yaakob,  Menteri
                                                      Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

                                                      HALFEST 2016 merupakan salah satu
                                                      program pemasaran di bawah KKLW
                                                      untuk  memperkenalkan  potensi
                                                      industri halal kepada usahawan luar
              bandar di samping menggalakkan usahawan untuk mendapatkan pensijilan halal
              JAKIM.  Selain  itu,  ianya  juga  merupakan  platform  bagi  memartabatkan  produk
              dan  perkhidmatan  usahawan-usahawan  luar  bandar  melalui  perluasan  kepada
              akses  pasaran  serta  peningkatan  aktiviti  pemasaran.    Dalam  usaha  memberi
              pendedahan, HALFEST turut menerima penyertaan daripada usahawan kecil yang
              masih  belum  mendapat  pendedahan  terhadap  pensijilan  halal  dengan  syarat-
              syarat tertentu.

              Seramai 150 usahawan luar bandar di bawah KKLW terlibat dalam HALFEST 2016.
              HALFEST  merupakan  wadah  penghubung  antara  pengusaha,  pemborong  dan
              peruncit  yang  berkesan  dan  mampu  menjadi  platform  perniagaan  halal  untuk
              memperagakan,  mempromosikan  dan  mengembangkan  produk  dan  rangkaian


                                                            MALAYSIA 333
                                                                         2017
   328   329   330   331   332   333   334   335   336   337   338