Page 336 - malaysia_2017
P. 336

dua  pihak  bakal  meneroka  perkongsian  sinergi  di  bidang-bidang  seperti
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
                berikut antaranya:
                •   pembekalan input-input pertanian seperti benih dan anak pokok;
                •   perkhidmatan makmal penyelidikan dan pembangunan perladangan dan
                    perkhidmatan kejuruteraan kilang;
                •   pembekalan  input-input  pertanian  seperti  baja,  racun  (rumpai  dan
                    serangga perosak) dan penjualan mikrob (mikroriza dan racun pencegah
                    genoderma) dan alat-alat perladangan; dan
                •   pembekalan dan sewa beli, alat-alat pertanian dan jentera perladangan.

            4.  PROJEK TANAMAN MANGGA hARUM MANIS
                FELCRA menyediakan dana pembangunan bagi projek ini sebanyak RM5 juta
                bagi kerja-kerja  penyediaan tapak  dan pembinaan 13 buah  rumah  hijau di
                FELCRA Lubuk Sireh Perlis.

            5.  hARAPAN MASA DEPAN fELCRA DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
                GENERASI KEDUA fELCRA
                FELCRA  akan  memberi  pengurangan  bayaran  balik  pembiayaan  PTPTN
                tersebut  pada  kadar  20  peratus  atau  RM4,000,  daripada  jumlah  sebenar
                anggaran sebanyak RM20,000, bagi yuran pengajian untuk setiap pelajar.

                                                     PROGRAM BICARA
                                                     KOMUNITI TN50@KKLw
                                                     Program  ini  merupakan  program
                                                     perdana yang memberikan peluang
                                                     kepada  golongan  belia  di  bawah
                                                     40  tahun  menyuarakan  pendapat
                                                     dan  harapan  mereka  terhadap
                                                     perubahan  besar-besaran  negara
                                                     menjelang  tahun  2050  yang  telah
                                                     diilhamkan  oleh  Perdana  Menteri
                                                     Malaysia,  Dato’  Seri  Mohd  Najib
                                                     bin  Tun  Haji  Abdul  Razak.  Namun
                                                     begitu,  Bicara  Komuniti  TN50@
            KKLW ini lebih terarah kepada belia luar bandar.

            Antara objektif program yang berkonsepkan bual bicara secara santai dan interaktif
            ini adalah untuk mendapatkan pandangan, harapan dan cadangan belia terhadap
            kementerian  (khususnya)  dan  kerajaan  (amnya)  berkaitan  ekonomi,  prasarana,
            sosiobudaya, alam sekitar dan sebagainya.  Dalam konteks KKLW, program Bicara
            Komuniti TN50@KKLW ini merupakan medium kepada masyarakat luar bandar
            untuk mengutarakan idea dan aspirasi mereka untuk  pembangunan di luar bandar
            menjelang  tahun  2050  dan  memperkukuhkan  jaringan  hubungan  pemimpin
            dengan masyarakat luar bandar untuk dijadikan asas dalam perancangan program
            pembangunan luar bandar oleh KKLW menjelang tahun 2050.

            Program Bicara Komuniti TN50@KKLW yang pertama telah diadakan pada 23 Mac
            2017  bertempat  di  Hotel  Premiera,  Kuala  Lumpur.  Seramai  264  orang  peserta
            menyertai program tersebut yang melibatkan belia luar bandar daripada setiap
            agensi  di  bawah  KKLW,  usahawan  Rural  Business  Challenge  (RBC),  penuntut-
            penuntut universiti awam dan swasta, NGOs dan ikon selebriti.  Jemputan yang lain


              336  MALAYSIA
                                2017
   331   332   333   334   335   336   337   338   339   340   341