Page 335 - malaysia_2017
P. 335

pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera yang dikenali sebagai Rumah Bina
              Negara (Rumah BN).

              Majlis Pelancaran Rumah BN, FELCRA Sri Makmur telah disempurnakan oleh YB
              Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di
              Dataran Desaraya Sri Makmur, Pekan pada 20 November 2016.

              Melalui  skim  ini  belia-belia  luar  bandar  yang  kesempitan  ekonomi  mereka  dan
              masih tinggal bersama keluarga dapat dibantu untuk memiliki kehidupan yang
              kondusif  pada  kadar  mampu  milik  iaitu  RM75,000  sebuah  lengkap  dengan
              kemudahan asas dan premium.                                                 RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN


                                                      50 TAhUN fELCRA
                                                      Majlis  Sambutan  50  Tahun  FELCRA
                                                      yang  disempurnakan  oleh  YAB
                                                      Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd
                                                      Najib bin Tun Abdul Razak pada 20
                                                      Disember  2016  telah  dihadiri  lebih
                                                      7,000  orang  warga  FELCRA  dari
                                                      segenap  pelosok  negara  dan  dif-
                                                      dif  jemputan  di  Dewan  Tun  Abdul
                                                      Razak  1,  Pusat  Dagangan  Dunia
                                                      Putra  (PWTC).    Idea  penubuhan
                                                      FELCRA  adalah  hasil  cetusan  YAB
                                                      Tun  Abdul  Razak  pada  tahun  1966
              dan kini ia diraikan bersama penyambung legasi beliau iaitu YAB Perdana Menteri
              Malaysia.

              YB  Dato’  Sri  Ismail  Sabri  Yaakob,  Menteri  Kemajuan  Luar  Bandar  dan  Wilayah
              (KKLW)  dalam  ucapannya  menyatakan  bahawa  Kerajaan  sentiasa  peka  dan
              mengambil berat tentang pemilikan rumah mampu milik. Justeru, pelbagai usaha
              telah dilaksanakan oleh Kerajaan bagi meningkatkan taraf pemilikan ekuiti dan
              kedudukan ekonomi orang Melayu serta Bumiputera di Negara ini.

              YAB Perdana Menteri dalam ucapannya telah mengumumkan lima perkara utama
              iaitu:
              1.  fELCRA DAN KEUSAhAwANAN
                  Tabung  pusingan  usahawan  telah  dimulakan  pada  tahun  2009  dengan
                  jumlah dana sebanyak RM6 juta, di mana, pinjaman yang ditawarkan adalah
                  merupakan pinjaman mudah tanpa faedah dengan had maksimum sebanyak
                  RM30,000.

              2.  fELCRA SEBAGAI PENERAJU UTAMA DALAM INDUSTRI FooD SeCURITy
                  Kerajaan berhasrat untuk memberi tanggungjawab yang lebih besar kepada
                  FELCRA,  sebagai  Peneraju  Utama  Dalam  Industri  Food  Security  Negara,
                  khususnya dalam industri pengeluaran ayam dan daging halal.
              3.  PROGRAM PERKONGSIAN SINERGI DALAM BIDANG PERLADANGAN
                  Bermula  pada  awal  tahun  2017,  FELCRA  akan  merealisasikan  bidang
                  perkongsian dengan syarikat Sime Darby Plantation Sdn Bhd, di mana, kedua-



                                                            MALAYSIA 335
                                                                         2017
   330   331   332   333   334   335   336   337   338   339   340